suria

Ramai sokong Rita Rudaini di media sosial isu disaman dua ahli akademik, Azhar Sulaiman minta Asyraf Wajdi beri ‘sepatah dua kata’

Azhar (kanan) mohon Asyraf Wajdi mencari jalan penyelesaian susulan ke Rita disaman.

PELAKON Azhar Sulaiman tampil menyuarakan pandangannya berhubung isu saman yang diterima pelakon Rita Rudaini daripada Yang Dipertua MUAFAKAT Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Besar, Sabak Bernam,Selangor bersama timbalannya. 

Menurut Azhar, 54, dia berharap agar Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dapat tampil memberikan penjelasan dan mencari penyelesaian terbaik demi meredakan ketegangan yang berlaku.

"Assalamualaikum kepada bos Mara yang kami sayangi. Berdasarkan tinjauan suara saya di media sosial, rata-rata ibu bapa bersependapat dengan Rita dalam hal pemilihan pelajar-pelajar ke MARA ini. 

Azhar (kiri) berharap pihak MRSM dapat mencari penyelesaian terbaik.

Azhar (kiri) berharap pihak MRSM dapat mencari penyelesaian terbaik.

"Mungkin datuk boleh memberikan sepatah dua kata bagi menjernihkan keadaan yang mula menjadi kusut untuk MARA. Terima kasih bos," katanya. 

Azhar berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Facebook miliknya. 

Usaha mStar mendapatkan kenyataan daripada Asyraf Wajdi tidak berjaya apabila panggilan dan mesej dibuat tidak dijawab. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa digelar ‘prof kangkung’, narsisis, dan gila jawatan… YDP dan Naib YDP MUAFAKAT MRSM Sungai Besar saman Rita Rudaini

ARTIKEL BERKAITAN: Lega anak-anak tamat belajar, satu keluarga Azhar Sulaiman lulusan universiti ternama

Sebelum ini, seorang tokoh akademik yang juga Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Sungai Besar dan timbalannya nekad memfailkan saman terhadap Rita selepas notis tuntutan RM1 juta tidak dipatuhi.

Mohd Roslan Mohd Nor slaku plaintif pertama dan Saidah Haris @ Harith selaku plaintif kedua memfailkan saman itu terhadap defendan melalui Tetuan Adnan Sharida & Associates yang diwakili Datuk Adnan Seman pada 6 Disember lalu.

Terdahulu, Rita mendakwa wujud kelemahan berlaku dalam kepimpinan Persatuan Ibu Bapa dan Guru atau dikenali Muafakat di MRSM Sungai Besar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain