suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amad Dayyan tak selesa dibandingkan dengan Umairah... “Saya anggap kami dah sama level”

Amad (tengah) tidak suka dibandingkan dengan Umairah (kiri).

PENYANYI Amad Dayyan menegaskan dia tidak selesa dibandingkan dengan kakaknya, Umairah yang juga aktif dalam dunia seni.

Amad atau Ahmad Dayyan Saiful Anuar, 16, berkata dia menganggap mereka berdua kini berada pada tahap setara di dalam bidang muzik. 

"Saya tidak selesalah kalau nak dibanding-bandingkan. Kalau nak banding dengan kakak (Umairah), saya anggap kami ini dah sama level," jawabnya ringkas kepada mStar.  

Sementara itu, ibu mereka iaitu penyanyi Siti Saerah menjelaskan bahawa tiada istilah Amad menenggelamkan kerjaya Umairah kerana sejak awal lagi, Amad menjadikan kakaknya sebagai sumber inspirasi.

Saerah (kanan) menganggap anaknya mempunya kelebihan masing-masing.

"Sebenarnya tak ada istilah tenggelam pun. Kalau tanpa kakaknya (Umairah), rasanya Amad pun tidak sampai ke tahap ini. 

"Sumber inspirasi Amad adalah kakaknya sendiri. Daripada kecil dia memang admire dengan Umairah. 

"Jadi istilah kerjaya kakaknya tenggelam itu memang tak timbul langsung," ujarnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak pernah rasa trauma, Amad kini sudah sihat

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza puji persembahan Amad, tegur jangan terlalu selesa

Saerah turut menambah bahawa setiap anaknya memiliki kelebihan masing-masing dan hal itu jelas dilihat oleh orang ramai.

"Setiap seorang anak saya ada kelebihan tersendiri. Saya rasa orang di luar sana pun dah nampak kelebihan yang ada pada anak-anak saya. 

"Saya dan Umairah sendiri pun memang sentiasa menyokong kerjaya Amad," katanya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain