suria

Aweera hilang sabar, diganggu wanita ‘psiko’ hantar mesej merapu

Aweera dakwa diganggu wanita tidak dikenali.

PENYANYI Aweera hilang sabar selepas menerima mesej daripada individu tidak dikenali yang menuduh dirinya menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita.

Kata Aweera atau Nasharul Aweera Norhissham, 35, tuduhan yang dibuat itu juga boleh menimbulkan salah faham sehingga dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan.

"Tiba-tiba saya dapat DM (direct message) di Instagram. Dia cakap saya bercinta dengan kawannya. Saya tak kenal dia dan tak pernah kenal kawan dia itu.

Aweera berkongsi antara mesej yang diterima. 

"Mesej dia melampau dan merapu. Kalau saya ada pasangan, boleh jejaskan hubungan. Apa yang dia buat ini juga boleh menimbulkan salah faham.

"Bila sudah keterlaluan, saya rasa ia melampau dan saya boleh ambil tindakan dengan membuat laporan," katanya ketika dihubungi mStar. 

Aweera juga sebelum ini berkongsi tangkap layar perbualan dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Anum di Instagram miliknya, namun kemudian memadamkannya semula.

ARTIKEL BERKAITAN: Peti suara bengkak, Aweera stres dikecam tak boleh nyanyi nada tinggi... ‘Berperang’ dengan diri sendiri 

ARTIKEL BERKAITAN: Akaun palsu guna nama Aweera, pelik sebab maki diri sendiri… “Cakap dengan peguam saya”

Tambah penyanyi itu, hantaran tersebut juga sebagai satu amaran kepada individu berkenaan supaya tidak mudah bercakap buruk tentang dirinya.

"Apa yang saya kongsi di Instagram itu hanyalah sebahagian sahaja daripada perbualan dengan dia. Banyak lagi yang saya tidak boleh dedahkan.

Aweera minta tiada pihak yang ambil kesempatan menggunakan namanya. 

"Pelik dengan individu begini. Saya rasa dia 'psiko', cuba nak reka cerita. Dia juga seolah-olah cuba memprovokasi saya. Tak tahulah apa yang dia mahukan," ujarnya.

Dalam masa sama, Aweera juga bimbang jika ada pihak lain yang menggunakan identitinya sehingga timbul dakwaan yang dibuat oleh Anum.

"Sekarang ini zaman AI (kecerdasan buatan). Saya juga takut kalau ada orang guna suara atau gambar saya," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain