suria

Fikry Ibrahim dan isteri saling ‘unfollow’ di IG, netizen ungkit raut wajah tak rela sewaktu majlis kahwin

Raut wajah Fikry di hari pernikahan menjadi bualan.

ISU rumah tangga membabitkan pelakon Fikry Ibrahim dan isterinya, Siti Khalizah Alihan yang didakwa sedang bergolak menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Menerusi laporan mStar pada Khamis, Khalizah, 37, memfailkan cerai terhadap Fikry, 31, atas alasan mereka sudah tiada persefahaman walaupun baru empat bulan mendirikan rumah tangga.

Malah kedua-duanya juga dilaporkan sudah tidak saling mengikuti di Instagram.

Fikry dan Khalizah tidak saling mengikuti di Instagram

Bagaimanapun masih ada beberapa foto mereka berdua di ruangan 'feed'.

Menjengah ke ruangan komen di media sosial, rata-rata netizen terkejut dengan berita Khalizah yang menuntut cerai terhadap Fikry.

Ini kerana, pasangan itu baru memuat naik foto romantis bersama sekitar empat hari lalu sekali gus memberi gambaran hubungan mereka berada dalam keadaan baik.

Bukan hanya itu, terdapat juga netizen yang mengungkit kembali raut wajah Fikry yang didakwa tidak gembira sewaktu hari pernikahan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri Fikry Ibrahim tuntut cerai, rumah tangga didakwa bergolak

ARTIKEL BERKAITAN:Fikry Ibrahim ada sebab rahsia majlis nikah, jawab dakwaan kena paksa kahwin

"Baru sahaja kahwin, takkan nak berpisah? Ambillah masa berbincang bersama cari jalan penyelesaian terbaik.

"Fikry baru muat naik gambar bersama beberapa hari lalu, terkejut tiba-tiba keluar berita kata nak cerai.

"Patutlah muka waktu nikah hari itu tak gembira, tiba-tiba baru empat bulan dah nak berpisah.," tulis netizen.

Pada Mei lalu, Khalizah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

Khalizah failkan cerai kerana mendakwa sudah tiada persefahaman.

Khalizah hadir ke mahkamah sekitar jam 9.40 pagi Khamis ditemani peguamnya.

Bagaimanapun kelibat Fikry tidak kelihatan di mahkamah terbabit.

Permohonan cerai berkenaan difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Mahkamah menetapkan sebutan kedua kes pasangan itu pada 10 September depan.  

Khalizah enggan menjawab soalan daripada petugas media.

Untuk rekod, Fikry dan Khalizah berkahwin pada 12 Februari lalu dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.

Fikry juga menyangkal dakwaan kononnya dia terpaksa berkahwin dengan Khalizah susulan raut wajahnya dilihat seperti tidak rela.

Jelas aktor itu, raut wajahnya itu mungkin disebabkan sedang berfikir tentang tanggungjawab yang semakin berat akan dipikul.

Tambah Fikry, walaupun sudah bergelar suami, namun dia perlu menjaga ibunya yang semakin uzur di kampung.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain