ISTERI kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz berkongsi berita gembira apabila disahkan hamil anak pertama.
Bersyukur dikurniakan seorang suami yang bertanggungjawab, Nilam, 45, berharap orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan dia dan bayi dalam kandungan.
"Dia (Azlan) seorang suami yang baik dan masih terbaik di mata saya.
Nilam dan Azlan bakal timang anak lelaki.
"Saya hanya minta netizen untuk mendoakan supaya kandungan saya ini selamat.
"Doa yang baik-baik maka yang baik-baik akan datang kepada anda semua," katanya.
Nilam berkongsi perkara itu menerusi hantaran di aplikasi TikTok pada Rabu yang menjelaskan mengapa hubungan dia dan Azlan masih bertahan sehingga ke hari ini.
Malah menerusi perkongsian tersebut, Nilam turut memaparkan video imbasan kehamilan serta keterujaannya bakal menimang cahaya mata lelaki.
ARTIKEL BERKAITAN: Sedih bayi kembar hilang dalam kandungan, isteri Azlan Komeng tak buka aib suami cuma pertahan diri
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri fail fasakh, Azlan Komeng ada sebab enggan bercerai
Bagaimanapun usia kandungan tidak didedahkan kepada umum.
Pada Ogos 2023, Nilam meluahkan rasa sedih apabila bayi dalam kandungannya yang dijangka bersalin pada September tahun sama tiba-tiba hilang didakwa angkara perbuatan khianat.
Kata Nilam, sejak mendirikan rumah tangga dengan Azlan pelbagai dugaan dilalui disebabkan pihak ketiga selain sudah lama memendam rasa.
Nilam pernah memfailkan fasakh terhadap Azlan.
Kemudian pada Mac lalu, Nilam mendedahkan suaminya bakal berkahwin kali kedua dan hadir ke mahkamah untuk memfailkan fasakh.
Namun Azlan enggan melepaskan isterinya kerana mempunyai alasan tersendiri.
Untuk rekod, Azlan atau Muhammad Azlan Kamiran, 48, dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube