suria

Bekas isteri ajak makan malam rai Hari Bapa, Edika Yusof terbuka untuk rujuk

Edika dan Hidayah kekal hubungan baik selepas bercerai.

PELAKON Edika Yusof tidak menolak kemungkinan kembali rujuk dengan bekas isterinya, Nor Hidayah Yusri selepas bercerai talak satu pada 5 Mei lalu.

Mengakui masih wujud rasa sayang, Edika, 58, berkata dia hanya berserah kepada jodoh sekiranya ada peluang untuk memperbaiki hubungan rumah tangga mereka.

"Rasa sayang memang ada sebab itu saya tak mahu ceraikan dia sebelum ini. Mungkin ketika itu dia dalam keadaan marah dan terbawa-bawa dengan emosi.

Edika masih sayangkan Hidayah. 

"Jika ada jodoh antara kami, saya terima. Segalanya di tangan Allah. Namun jika sebaliknya, tidak salah untuk kami terus berkawan.

"Saya hanya mampu berusaha dan tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan," katanya ketika dihubungi mStar.

Edika mengulas perkara tersebut selepas dia dan Hidayah dilihat meluangkan masa makan malam bersama sempena meraikan sambutan Hari Bapa baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Perkahwinan 21 tahun berakhir, Edika Yusof dan isteri sah cerai talak satu 

ARTIKEL BERKAITAN: Edika Yusof tak rela tapi sedia penuhi permintaan isteri mahu cerai

Tambah pelakon ini dia dan Hidayah juga bersetuju untuk tidak menjadikan perceraian sebagai alasan saling bermusuhan.

Baginya hubungan yang terbina selama 21 tahun dalam perkahwinan sudah cukup membuktikan keserasian antara mereka berdua.

"Sebelum berpisah pun kami sudah ingatkan diri untuk terus berkawan walau apa terjadi. Kami sudah lebih 20 tahun bersama, jadi kenapa perlu bermusuh?

Saya hanya mampu berusaha dan tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan

EDIKA YUSOF 

PELAKON 

"Kami rapat seperti kawan baik dan tiada sebarang masalah. Malah selepas bercerai pun saya yang bantu dia pindah keluar,"katanya.

Dalam masa sama, Edika menegaskan, belum ada sebarang perbincangan antara dia dan Hidayah untuk kembali rujuk.

Malah dalam pertemuan baru-baru ini kedua-keduanya membuang jauh segala sengketa yang pernah berlaku dalam perhubungan.

Edika dan Hidayah sah bercerai pada Mei. 

"Selepas bercerai memang jarang berhubung. Cuma baru-baru ini dia ajak saya makan malam bersama. Apabila berjumpa kami boleh berbual seperti biasa.

"Belum pernah bercakap soal rujuk. Tetapi saya tidak pernah berhenti doa," luahnya.

Untuk rekod Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2004.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fareena Nurulhaq.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain