suria

Edika Yusof tak rela tapi sedia penuhi permintaan isteri mahu cerai

Edika bersedia menunaikan permintaan isteri (kanan) untuk bercerai.

PELAKON Edika Yusof bersedia menunaikan permintaan isterinya iaitu Nor Hidayah Yusri yang mahu dia mengakhiri perkahwinan dan melafazkan cerai.

Mengakui berat hati untuk melakukan perkara itu, Edika, 58, bagaimanapun berharap rumah tangga yang dibina itu dapat diselamatkan. 

“Saya tidak reda untuk lafazkan cerai kepada dia. Siapa sahaja yang mahu rosakkan rumah tangga yang dibina kan? 

Edika berat hati untuk melepaskan namun akur dengan permintaan isteri.

“Tetapi saya sudah bersedia untuk memenuhi permintaan isteri saya kalau itu yang dia mahu,” katanya kepada mStar. 

Edika memaklumkan perkara itu ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin. 

Dalam masa sama, Edika juga meluahkan rasa terkilan apabila masalah kesihatan isterinya yang didiagnos sebagai meningitis ataupun radang selaput otak tidak diambil kira oleh pihak berkaitan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Edika Yusof mahu jumpa kaunselor, serah laporan perubatan isteri kepada mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Edika Yusof sudah banyak kali lafaz talak, anak setuju penceraian jalan terbaik buat ibu bapa

“Saya sudah lampirkan dokumen hospital berkenaan penyakit isteri saya. Ia memandangkan penyakit ini boleh menjejaskan mentalnya. 

“Namun, tidak diambil kira. Saya tidak salahkan mana-mana pihak tetapi minta supaya faktor ini dapat dilihat,” ujarnya. 

Sementara itu, Hidayah yang hadir pada pukul 9.57 pagi itu tidak meletakkan sebarang harapan terhadap prosiding hari ini. 

Saya tidak reda untuk lafazkan cerai kepada dia.

EIZLAN YUSOF

PELAKON

“Saya tidak ada sebarang harapan. Kita tengok sahaja apa yang berlaku,” ujarnya. 

Pada 23 April lalu, Hidayah menyenaraikan 10 alasan yang menyebabkan dia membuat permohonan cerai terhadap Edika di hadapan hakim. 

Kesemua sebab tersebut disifatkan perkara kritikal sehingga membuatkan rumah tangga mereka tidak dapat diselamatkan lagi. 

Untuk info, Hidayah memfailkan cerai terhdap Edika pada pertengahan Februari lalu. 

Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga selama 22 tahun dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain