suria

[V] “Siapa?” - Nabila Huda jijik dengar nama ibu tiri, berinya gelaran ‘perempuan itu’

PELAKON Nabila Huda tidak mempunyai sebarang masalah dengan bapanya iaitu penyanyi Datuk Amy Search.

Nabila atau mesra disapa Abil, 41, menjelaskan orang ramai salah faham dan membuat andaian sendiri mengenai hubungan mereka yang dilihat sentiasa dingin.

“Saya sebenarnya tiada masalah atau bergaduh dengan papa saya daripada dulu sampai sekarang.

Nabila jijik dengar status ibu tiri.

“Cuma orang salah anggap ingat kami selalu bergaduh,” katanya kepada mStar.

Nabila berkongsi perkara itu ketika ditemui pada malam gala filem Gayong yang diadakan di GSC Midvalley, Bangsar, Kuala Lumpur pada malam Selasa.

Dalam pada itu, Nabila meluahkan rasa jijik apabila nama ibu tirinya iaitu Nourish Hassan disebut-sebut ada kaitan dengan konflik yang berlaku.

Sebaliknya Nabila lebih selesa memanggil Nourish sebagai ‘perempuan itu’ dan hanya mempunyai seorang ibu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Huda terima takdir terpisah dengan bapa, rupanya dah lama tak jumpa Amy Search

ARTIKEL BERKAITAN: 12 tahun duduk kondo, Nabila Huda macam tak percaya akhirnya pindah rumah teres

“Siapa? Saya rasa jijik nak dengar status tu.

“Saya cuma ada seorang emak dan dia ialah cinta pertama papa saya.

“Mungkin saya hanya boleh panggil dia perempuan itu?,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nabila tanpa berselindung mendakwa dia tahu segala rahsia yang disimpan Nourish selama ini.

Nabila minta Nourish buang sifat cemburu.

Tidak pernah berniat merampas harta bapa sendiri, kata Nabila, dia berharap Nourish membuang sifat cemburu kerana apa diinginkan aktres itu hanyalah kasih sayang daripada seorang bapa.

“Wahai perempuan itu, saya nak awak tahu yang saya tahu semua rahsia awak. Untuk pengetahuan awak, satu industri benci awak! Tapi awak masih ada masa untuk perbetulkan keadaan.

“Jangan risau, saya tak ada niat nak rampas harta papa saya, saya pun dah biasa hidup dengan usaha saya sendiri. Saya cuma mahu menumpang kasih sayang seorang ayah.

“Berhentilah untuk cemburu dan ada rasa busuk hati, hidup ini hanya sementara,” jelasnya.

Nabila hanya mahukan kasih sayang daripada bapanya.

Sebelum ini, Nabila mengakui dirinya sangat merindui bapanya.

Pertemuan mereka sewaktu program Melodi 17 April lalu merupakan pertemuan pertama selepas hampir setahun tidak bersua.

Dalam perkembangan lain, Nabila tampil dengan filem terbaharu berjudul Gayong yang akan mula ditayangkan pada 8 Mei ini.

Selain Nabila, pelakon lain yang membintangi filem berkenaan ialah Beto Kusyairy, Syafie Naswip, Yayan Ruhian dan Anas Ridzuan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berikut

Saiful Apek kena tahan?

Artikel Lain