suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] “Tenang, level kita bukan situ” - Kamal Adli nasihat pengikut tak terpengaruh provokasi netizen Indonesia, usah keruhkan hubungan

PELAKON Kamal Adli menasihati rakyat Malaysia supaya tidak melayan provokasi yang dicetuskan netizen Indonesia di media sosial.

Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 42, berpendapat rakyat Malaysia sudah menyuarakan teguran berhubung beberapa isu dan tidak perlu lagi memanjangkan perselisihan itu.

"Untuk netizen Malaysia, saya rasa kita sudah melontarkan (teguran) apa yang perlu kita berikan pada mereka. 

"Saya kita perlu berhenti dan biarkan saja mereka (netizen Indonesia) dengan bayang-bayang sendiri. 

"Cukuplah, kita hanya perlu tenang dan level kita bukan dekat situ pun (bergaduh). Level kita tak perlu layan benda-benda bodoh macam ini, tak perlu hina pemimpin atau rakyat mereka," katanya kepada mStar. 

Kamal berpendapat tidak perlu timbul isu antara dua negara, Malaysia dan Indonesia.

Kamal berpendapat tidak perlu timbul isu antara dua negara, Malaysia dan Indonesia. 

Kamal berkongsi berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media konsert Cuckootopia dan AMT2026 yang diadakan di Hotel Hyatt Regency, Kuala Lumpur pada malam Khamis.

Dalam pada itu, Kamal berkata rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan kehidupan di negara ini dan tidak membiarkan perselisihan di media sosial menjejaskan hubungan baik dengan rakyat Indonesia.

"Kita gembira hidup di sini (Malaysia). Tambah pula kita pun berkawan dengan rakyat-rakyat mereka (Indonesia) yang bekerja di sini. 

"Tak ada isu pun, cuma mungkin ada yang banyak masa nak cari keburukan fasal negara kita, biarkan saja. 

"Saya rasa netizen Malaysia tak perlu dah nak layan, baik kita fokus isu jerebu yang makin teruk ini," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jefri Nichol tak mahu rampas takhta ‘ketua’ di Threads, lebih selesa jadi pengikut Kamal Adli

ARTIKEL BERKAITAN: Jefri Nichol dah hilang sabar, bengang isu kebakaran hutan Indonesia... Netizen puji ‘ini baru green flag’

Mengulas lanjut, Kamal memberitahu perselisihan yang pada awalnya tercetus berkaitan bola sepak sebelum melibatkan isu produk tidak sepatutnya berkembang menjadi serangan peribadi atau penghinaan terhadap sesebuah negara.

"Tengok saja di pihak kita (Malaysia), mana ada selebriti yang beria nak kutuk-kutuk orang sebab level IQ kita letak dekat mana. Perkara ini tak seharusnya menjadi serangan peribadi. 

"Mula-mula bergaduh sebab bola, kemudian produk. Betullah produk itu tidak sepatutnya merendahkan orang lain. Mereka tahu pengguna produk itu ramai di Malaysia. 

"Saya pun baru tahu produk tersebut jenama dari sana (Indonesia). Nasib baik bukan produk yang saya guna," jelasnya. 

Level kita tak perlu layan benda-benda bodoh macam ini, tak perlu hina pemimpin atau rakyat mereka. 

KAMAL ADLI 

PELAKON

Sementara itu, Kamal turut mengulas kenyataan pelakon Indonesia, Boy Hamzah yang mencetuskan perdebatan selepas mengulas tindakan rakyat Malaysia memboikot sebuah jenama kosmetik dari Indonesia.

Kamal berpendapat tindakan membalas kenyataan yang mencetuskan kemarahan hanya akan memanjangkan pertelingkahan dan menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak mudah terpengaruh dengan provokasi.

"Saya rasa dia tak profesional. Saya tahu dia nak macam 'koyaklah' sebenarnya. Tapi kita tak payah nak 'koyak,' dan tak perlu balas. Kita cuma fokus jaga anak-anak dan keluarga daripada pentingkan isu-isu lain.

"Saya tak kenal siapa dia tetapi kalau tengok dari Malaysia mana ada artis atau selebriti yang beria kutuk negara orang. Tak ada pun.

Kamal berharap isu perselisihan ini tidak dibesarkan di media sosial.

"Tak perlu campur hal-hal begini. Pada mulanya cuma fasal bola dan kemudian fasal sebuah jenama. Tak payahlah sampai nak merendahkan negara-negara orang," katanya. 

Sebelum ini, video ulasan Boy berhubung tindakan rakyat Malaysia memboikot sebuah jenama kosmetik dari Indonesia menjadi perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi video tersebut, Boy membandingkan jumlah penduduk Malaysia yang dianggarkan seramai 34 juta orang dengan Indonesia yang mempunyai kira-kira 288.5 juta penduduk.

Menurut aktor berkenaan, tindakan boikot yang dilakukan rakyat Malaysia tidak akan memberikan impak besar kepada jenama terbabit.

Malah, Boy turut menyentuh soal sejarah dengan mendakwa Malaysia tidak akan wujud tanpa Indonesia.

 

Artikel Lain