suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan gimik publisiti, Ceddy Ang harap insiden layanan buruk di restoran jadi pengajaran

Ceddy mahu memberi pengajaran susulan layanan yang diterima di sebuah restoran.

PENYANYI dan personaliti media sosial, Ceddy Ang menegaskan perkongsian video mengenai layanan kurang menyenangkan yang diterimanya daripada sebuah restoran terkenal bukan bertujuan mencetuskan kontroversi atau sengaja meraih publisiti.

Ceddy, 38, berkata, dia tidak memperoleh sebarang manfaat daripada tindakan tersebut, malah tidak pernah mengharapkan layanan istimewa atau makanan percuma daripada mana-mana premis makanan yang dikunjunginya.

Kata Ceddy, semua reviu makanan yang pernah dihasilkan sebelum ini juga menggunakan wang sendiri dan dia tidak merancang untuk membuat sebarang reviu ketika berkunjung ke restoran berkenaan.

"Saya tidak membuat video itu kerana gimik, malas layan perkara begitu. Apa yang saya dapat? Tak ada. 

Ceddy tidak tahu mengapa dia dihalau sebelum waktu operasi restoran tamat.

Ceddy tidak tahu mengapa dia dihalau sebelum waktu operasi restoran tamat.

"Malah kalau diberi makan percuma juga saya menolak. Itu bukan amalan saya dan terbukti sebelum ini, semua reviu makanan yang saya buat adalah dibayar saya sendiri. 

"Dan saya tidak merancang untuk membuat reviu di restoran berkenaan, sekadar datang untuk makan sahaja. Tapi, tak sangka pula layanannya sebegitu," katanya kepada mStar. 

Mengulas lanjut, Ceddy berkata, video yang tular itu diharap dapat memberi kesedaran kepada pihak pengurusan restoran supaya lebih peka terhadap layanan yang diberikan kepada pelanggan.

Menurutnya, tindakan pekerja dan pengurus ketika berurusan dengan pelanggan turut mencerminkan tahap perkhidmatan sesebuah premis, justeru komunikasi yang baik perlu diutamakan dalam menyelesaikan sebarang masalah.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kes Rocky jadi teladan, Ceddy Ang enggan gopoh kongsi hantaran media sosial - “Jangan beremosi dan terus masuk campur“

ARTIKEL BERKAITAN: “Waktu saya keluar lagu, semuanya senyap” - Ceddy Ang kecewa rakan artis tak bantu promosi

"Video yang ditularkan tidak lain hanya untuk memberi kesedaran kepada pekerja bahawa tindak-tanduk mereka dipantau majikan. 

"Cara pengurus itu melayan pelanggan juga diperhatikan. Jika saya bersikap biadap, boleh diterima sebagai kesalahan sendiri, sebaliknya pengurus kedai itu yang bersikap biadap.

"Semoga insiden ini memberi kesedaran kepada pengurus restoran agar mematuhi waktu operasi yang ditetapkan. Selain itu, benda boleh bincang, cakap elok-elok kepada pelanggan, kenapa memilih untuk bersikap biadap?,” ujarnya.

Ceddy bagaimanapun memaklumkan pengasas restoran berkenaan sudah menghubunginya untuk memohon maaf berhubung insiden tersebut.

Kongsinya, pengasas premis itu turut menjelaskan waktu operasi restoran berakhir pada pukul 11 malam, manakala tempahan terakhir diterima pada pukul 10.45 malam.

"Pengasas kedai makan itu hubungi saya dan ikhlas memohon maaf. Pada masa sama memaklumkan operasi mereka sebenarnya berakhir pukul 11 malam yang mana tempahan terakhir akan diambil pada pukul 10.45 malam.

Ceddy menafikan sengaja mencari publisiti di media sosial.

Ceddy menafikan sengaja mencari publisiti di media sosial.

"Beliau juga memaklumkan memang berlaku kes yang sama sebelum ini, jadi akan melantik pekerja lebih berpengalaman untuk mengadakan bimbingan supaya kejadian sama tidak berlaku lagi.

"Saya tidak mahu pengurus itu dibuang kerja. Cukup sekadar dia dibimbing dan diberi latihan untuk memperbetul kesalahan dan memantapkan perkhidmatannya," katanya.  

Pada Khamis, Ceddy menerusi Threads berkongsi pengalaman menerima layanan kurang menyenangkan daripada pekerja sebuah restoran makanan.

Menurutnya, dia tiba di restoran berkenaan kira-kira pukul 9.45 malam, namun diminta beredar oleh pengurus premis yang memaklumkan operasi sudah ditutup.

 

Artikel Lain