KERAJAAN menyediakan peruntukan lebih RM130 juta bagi memperkasa industri kreatif negara, merangkumi sektor perfileman, muzik dan kandungan kreatif tempatan menerusi pembentangan Belanjawan 2027.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata peruntukan itu bertujuan mengangkat citra negara, mewujudkan peluang pekerjaan serta membawa karya dan kisah Malaysia ke pentas dunia. "Industri karya kreatif terus diperkasa bagi mengangkat citra negara, mencipta pekerjaan dan membawa kisah Malaysia ke pentas dunia."Peruntukan lebih RM130 juta disediakan bagi menyokong sektor perfileman, muzik dan kandungan kreatif tempatan," katanya.Persembahan teater tempatan di Wilayah Persekutuan dikecualikan sepenuhnya duti hiburan. Anwar yang juga Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan 2027 itu di Dewan Rakyat pada Jumaat.Dalam pada itu, Anwar berkata kerajaan turut menyediakan insentif kepada produksi filem dan animasi tempatan serta antarabangsa yang menjalankan penggambaran di Malaysia.Insentif tambahan juga disediakan bagi karya yang mengetengahkan budaya tempatan dan semangat kenegaraan."Ini termasuk pemberian insentif kepada produksi filem dan animasi tempatan serta antarabangsa yang menjalani penggambaran di Malaysia, dan insentif tambahan bagi karya yang menampilkan budaya kita dan kenegaraan,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 2027, bantu artis tembusi pasaran antarabangsaARTIKEL BERKAITAN: Finas, MSU meterai kerjasama pintar cungkil pelapis industri kreatifDalam perkembangan lain, kerajaan mengumumkan pengecualian penuh duti hiburan bagi tiket filem dan persembahan teater tempatan di Wilayah Persekutuan bermula 2027.Malah, kerajaan turut menyeru negeri-negeri lain mengambil langkah sama bagi menyokong pengkarya tempatan."Mulai 2027, tiket filem dan persembahan teater tempatan di Wilayah Persekutuan dikecualikan sepenuhnya duti hiburan."Kita menyeru kerajaan negeri mengambil langkah serupa bagi menyokong pengkarya tempatan," katanya.Sementara itu, ekosistem animasi tempatan akan terus diperkukuh bagi melahirkan 20 harta intelek (IP) baharu serta mengkomersialkan watak-watak Malaysia di pentas dunia.Langkah itu bertujuan memperluas potensi industri animasi tempatan serta membawa karya kreatif negara menembusi pasaran antarabangsa.