Lupa bawa duit antara alasan popular yang kerap digunakan bagi mengelak membayar harga makanan sendiri. -Gambar hiasan AI
SIFAT malu dan bertimbang rasa sepatutnya perlu ada dalam diri setiap individu, terutamanya agar tidak mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain.Namun berbeza dengan nasib wanita ini apabila dia terpaksa berdepan sikap seorang rakan yang didakwa gemar mengambil kesempatan sehingga dua kali 'terperangkap' untuk membayar harga makanan. Mengimbas kejadian pertama, wanita itu berkata dia pada mulanya mahu keluar membeli burger sebelum rakannya menyatakan hasrat untuk turut serta.Ada segelintir individu suka mengambil kesempatan terhadap orang lain. -Gambar hiasan AI"Aku cuma pesan satu biji burger daging. Dia pula pesan sembilan biji burger daging, ada yang special."Apabila sampai masa nak bayar, dia sengih-sengih suruh aku bayar sekali bahagian dia. Aku cakap, bayarlah sendiri," katanya.Namun wanita itu terkejut apabila rakannya memberitahu tidak membawa wang dengan alasan dia sekadar mengikut. "Dia beri alasan sebab aku yang ajak dia pergi kedai burger, padahal bukan aku ajak pun... dia yang nak ikut."Mati kutu aku masa tu. Nak tak nak kena bayar la. Malu dengan abang burger tu, nasib duit cukup-cukup nak bayar," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: “Akak belanja air, boleh la sayang” - Ibu tunggal hantar foto tayang dada, cubaan goda mekanik minta diskaun ‘timing belt’ARTIKEL BERKAITAN: “Sepatutnya dia tolong aku dulu kan?” - Lelaki terasa hati isteri hulur duit belanja pada keluarga, dakwa langsung tak bincang duluTidak cukup dengan kejadian pertama, pengadu sekali lagi diuji dengan sikap buruk rakannya itu.Kali ini rakannya datang ke rumah bersama anak berusia lapan tahun dan mengajaknya ke pasar malam.Pada mulanya wanita berkenaan enggan turut serta, namun berubah fikiran selepas rakannya bersungguh-sungguh mengajak malah berjanji mahu membelanjanya."Dah sampai pasar malam, tengah beli makanan, masa nak bayar dia pura-pura cari duit."Lepas tu anak dia sendiri kantoikan mak dia. Anak dia cakap... bukan umi memang tak ada duit ke? Umi cakap makcik yang bayar," katanya.Wanita dua kali berdepan rakan yang mengharapkannya membayar makanan.Kali pertama, rakannya memesan sembilan burger tetapi tidak membawa wang.Dia terpaksa membayar kerana malu dengan peniaga.Helah sama cuba dilakukan ketika mereka ke pasar malam.Anak rakannya secara tidak sengaja membongkar rancangan ibunya.Ringkasan ini dijana oleh AITerkejut mendengar kata-kata kanak-kanak itu, wanita berkenaan mengambil keputusan untuk beredar dan tidak lagi mahu menanggung perbelanjaan rakannya."Dah anak dia kata macam tu, aku perlahan-lahan berlalu pergi. Tinggal dia kat situ, terus balik rumah."Kejadian ni berlaku di Cenderawasih, Kuantan. Kalau dia baca ni, aku nak cakap satu je. Sudah-sudah la jadi parasit," katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang mengakui ada sebahagian individu terdekat mereka juga bersikap sedemikian."Aku pun pernah kena dengan kawan. Dah sampai kedai, lepas makan tiba-tiba minta duit suruh aku bayar."Pernah jadi macam ni, kita tak beli apa-apa, tapi dia pula minta duit alasan lupa bawa dompet."Ada pengalaman macam ni tapi bukan duit. Masa tinggal di asrama kawan minta nak rasa burger, sekali dia makan sampai separuh," komen warga maya.