KECANGGIHAN teknologi hari ini makin sukar dijangka, hingga ada yang keliru untuk membezakan foto manusia sebenar dengan imej janaan kecerdasan buatan (AI).Buktinya, malang bagi seorang wanita apabila niatnya untuk berkenalan di media sosial berakhir dengan kekecewaan selepas empat bulan 'diumpan' dengan foto palsu. “Aku ditipu. Rupa-rupanya semua gambar yang lelaki itu hantar adalah imej AI. Aku dah rasa tak sedap hati sejak awal.Teknologi AI tidak sepatutnya digunakan untuk tujuan penipuan. -Gambar hiasan AI“Tapi gambar-gambar dia di aplikasi Threads terima tanda suka yang banyak. Jadi aku ingat dia manusia sebenar. Bayangkan dah empat bulan.“Sekarang baru tahu yang aku sebenarnya bercakap dengan lelaki yang dijana oleh AI. Dah banyak kali ajak jumpa sebelum ni, tapi dia asyik bagi alasan,” kongsi wanita itu.Lebih menambah rasa kecewa, wanita berkenaan tidak pernah menyangka bahawa pada usianya yang masih muda, dia juga boleh dengan mudah terpedaya dengan kecanggihan teknologi hari ini.Wanita kongsi cerita berkenalan dengan lelaki secara dalam talian.Selepas empat bulan, dia mendapati lelaki itu guna identiti palsu.Selama ini dia tertipu dengan segala foto AI yang dikongsi lelaki itu.Wanita itu tidak menyangka boleh terpedaya dengan teknologi AI.Ringkasan ini dijana oleh AI“Aku baru umur 30 tahun tapi dah kena tipu macam ni. Jadi janganlah kita ketawakan mak ayah yang kena tipu dengan AI. Kita yang muda pun tak selamat.“Tapi aku tahu dia lelaki betul. Cuma dia tiada keyakinan nak tunjuk diri yang sebenar, sebab tu dia guna AI. Aku tak faham kenapa dia nak menipu,” ujar wanita itu lagi.Dia berkongsi kisah itu menerusi aplikasi Threads sehingga menerima pelbagai komen netizen.ARTIKEL BERKAITAN: Pereka grafik bengang bos lebih suka poster janaan AI, anggap usaha tak dihargai - "Biasanya designer rasa rekaan dia terbaik"ARTIKEL BERKAITAN: Pereka grafik dilabel ‘slow’, rasa nak bawa diri bos puji staf baharu guna AI buat poster syarikat“AI sekarang makin menakutkan. Saya pun nampak banyak watak AI. Lepas tu, ramai pula yang percaya.“Saya simpati awak kena macam ni. Tapi minta maaf, saya rasa lucu. Tapi sampai hati dia buat awak macam tu.“Kita kena cari pasangan macam cara orang dulu-dulu untuk elak kena tipu dengan AI,” tulis beberapa netizen.