KEHADIRAN kanak-kanak di masjid sering mengundang pandangan berbeza masyarakat, terutama apabila ada yang bermain atau membuat bising ketika jemaah sedang menunaikan solat.Maka tidak hairanlah segelintir pihak pengurusan mengeluarkan notis menghalang kanak-kanak berusia bawah 12 tahun datang ke masjid seperti dikongsikan seorang individu ini. "Ada masjid tak benarkan kanak-kanak bawah umur 12 tahun masuk ke ruang masjid. Patut ke?" soalnya menerusi hantaran di Threads.Seolah-olah bersetuju dengan notis berkenaan, baginya, notis halangan seumpama itu tidak akan dikeluarkan sekiranya ibu bapa mendidik anak-anak tentang adab dan tertib ketika berada di luar rumah terutama masjid.Ibu bapa perlu mendidik anak-anak solat sejak usia mereka kecil. -Gambar hiasan AIMalah dia berpandangan anak-anak yang sudah berusia 10 tahun perlu diajar dengan tegas mengenai cara solat meskipun perlu menggunakan rotan."Anak umur 10 tahun, kau ajar dia solat guna rotan dan hasilnya, dia solat dengan bagus dan tidak main-main."Jadi kau boleh bawa anak bersama ke masjid dan duduk di sebelah kau, di saf hadapan untuk solat," tambahnya yang berharap ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak.Menurutnya, meletakkan kanak-kanak di barisan belakang jemaah dewasa adalah tidak wajar kerana mereka akan cenderung untuk bermain.Notis larangan kanak-kanak memasuki ruang masjid yang dikongsi seorang pengguna Threads mencetuskan perdebatan mengenai kehadiran golongan itu ketika waktu solat.Lelaki berkenaan berpandangan ibu bapa perlu mengajar anak tentang adab di masjid dan cara bersolat supaya mereka tidak bermain atau mengganggu jemaah.Menurutnya, anak yang sudah boleh bersolat dengan tertib boleh duduk di sebelah bapa dalam saf.Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi, termasuk gesaan supaya notis berkenaan diadukan kepada pihak berwajib.Lokasi masjid dan sebab notis itu dipasang tidak dinyatakan. Ringkasan ini dijana oleh AI"Kalau kau tak rotan anak, lepas itu suruh dia duduk dekat saf kanak-kanak, dia akan jumpa dengan kawan-kawan yang datang bermain."Jadinya orang masjid tak suka dan wujud individu yang terus menghalang budak-budak untuk hadir masjid," tambahnya.Bagaimanapun, lokasi masjid dan sebab notis itu diletakkan tidak dinyatakan dalam hantaran berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tengah solat hilang khusyuk, warga emas tak dikenali selamba dukung dan cium anak tanpa izinARTIKEL BERKAITAN: Wanita ditegur kasar ‘pengerusi’ masjid, malu ramai mata memandang... Langsung tak minta maaf selepas serkap jarangPerkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya meminta dia membuat aduan mengenai notis yang dikeluarkan kerana berpandangan kanak-kanak perlu dididik untuk ke masjid."Viral je masjid mana ni, biar pihak berwajib ambil tindakan,ini mesti pengerusi dah terlampau tua."Budak-budak memang patut bermain tapi yang peliknya, orang tua rasa mereka tak layak diganggu."Sebagai orang yang solat betul-betul masa sekolah rendah dulu, jadi benci dengan masjid sebab mereka tak bagi masuk saf depan," demikian reaksi netizen.