suria

Makan ramai-ramai... perempuan bayar bil kira sampai ‘sen terakhir’, lelaki lebih relaks tak kisah lebih kurang

Kaedah pembayaran makanan di antara kaum lelaki dan perempuan menjadi tanda tanya.

APABILA makan beramai-ramai di restoran, pastinya timbul persoalan siapa yang akan bayar dahulu.

Melalui satu ciapan tular di Twitter, terdapat pendedahan mengenai bagaimana setiap jantina mempunyai perspektif berbeza dalam hal ini.

Melalui perkongsian itu, dinyatakan bagaimana wanita akan mengira bil makanan sehingga ke 'sen yang terakhir' (secara tepat) manakala kaum lelaki dikatakan lebih terbuka dalam soal ini.

Ciapan asal di laman Twitter.

"Orang perempuan kalau makan ramai-ramai, waktu nak bayar tu, kena kira satu-satu. Tak boleh lebih atau kurang.

"Balik rumah siap ada spreadsheet resit, nak kena kira balik betul ke bayar dengan exact amount.

"Terlebih nanti nak kena claim dekat member yang terkurang," ujar netizen itu dalam luahannya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tiga hari uncle Cina tak muncul, peniaga nasi lemak Penang mula risau... Tiba-tiba datang terus belanja nasi kerabu lauk sotong!

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Anak orang miskin ke, gelandangan saya tak tahu” - Peniaga tak fikir rugi, percaya rezeki belanja kanak-kanak

Manakala untuk kaum lelaki pula, netizen itu mengatakan mereka mengamalkan konsep tidak terlalu berkira dan sedia untuk 'menghalalkan'.

"Orang lelaki juga yang santai. Cincai kira makan apa dan minum apa. Letak duit atas meja.

"Kumpulkan. Orang last letak duit pergi bayar dekat kaunter. Kalau tak cukup ada la yang tolong top up nanti.

"Kalau terlebih, rezeki si tukang bayar. Terlebih terkurang, kira halal," kata netizen itu membentangkan hujah.

Nak belanja orang itu atas kehendak masing-masing, bukan boleh dipaksa dan bukan juga perdebatan jantina.

NETIZEN

Walaupun begitu, menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata mempunyai percanggahan pendapat dengan kenyataan ciapan asal tersebut.

Seorang netizen juga menegaskan terdapat individu lelaki yang berkira dalam hal kewangan ketika keluar beramai-ramai dengan rakan.

"Salah ni, ada je lelaki yang berkira. Sewa court futsal atau badminton untuk main 2 jam, tapi sebab dia kata nak main kejap 10 minit je, jadi dia tak mahu bayar. Hampa ni memang la.

Kaedah bayaran ketika makan beramai-ramai menjadi topik hangat perbincangan. -Gambar hiasan

"Abang aku dekat universiti ada kawan lelaki yang tumpang kereta tapi tak tahu bayar duit minyak. Ada juga yang merajuk kena bayar sama rata duit makan sebab katanya dia makan sikit je.

"Yang kes abang aku tu, kawan perempuan lagi pemurah hati nak hulur duit minyak dari kawan lelaki dia," demikian komen netizen membantah kenyataan yang diciap pada mulanya.

Seorang warga maya juga menekankan bahawa masing-masing mempunyai hak ke atas perbelanjaan sendiri.

"Buat macam ni la baru tak keberatan semua orang nak lepak. Bahagi sama rata. Semua hangout dengan senang hati tak runsing poket rabak setiap kali makan sekali.

Perbandingan hidangan kaum lelaki dan wanita ketika makan di luar beramai-ramai -Gambar hiasan.

"Nak belanja orang itu atas kehendak masing-masing, bukan boleh dipaksa dan bukan juga perdebatan jantina. Kalau tak nak belanja, berlaku adil la bayar.

"Kalau plan asal tak ada siapa cakap nak belanja, jadi bayar asing-asing, bahagi sama-sama. Kalau ada yang cakap nak belanja, ucap terima kasih dan bila ada rezeki balas balik kebaikan dia," kata netizen.

Seorang netizen sempat berjenaka mengatakan kaum lelaki hanya makan di warung biasa dengan harga berpatutan manakala kaum wanita kerap berkunjung ke kafe 'hipster' dengan harga cekik darah.

"Lelaki lepak kedai biasa. Teh O ais RM2. Nasi goreng pattaya RM10. Letak RM15 selesai bayar semua.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Kalau perempuan makan kafe, harga milkshake dah berapa, salted egg pasta harga dah berapa. Memang patut la berkira kot," kata seorang lagi pelayar.

Ada juga yang sempat mengkritik kaum wanita kerana tidak mengamalkan konsep pembahagian sama rata ketika keluar untuk temu janji bersama teman lelaki.

"Perempuan kalau keluar sesama perempuan memang akan berkira sehingga ke lubang cacing, tapi kalau dating dengan boyfriend expect dibelanja semua.

"Logik apakah ini?" kata seorang warga maya membuat perbandingan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain