suria

Wanita stres ibu anggap adiknya ‘terpaling hebat’! Suami pula makin dingin, macam dah terpengaruh dengan cakap mentua

Wanita tersebut rasa tersisih apabila ibu sering memuji adik perempuannya di hadapan suami. Gambar hiasan

ISTILAH pilih kasih sememangnya wujud di mana-mana, sama ada dalam kalangan keluarga, syarikat, rakan-rakan dan lain-lain.

Dalam satu luahan yang dikongsikan di laman Twitter, seorang wanita berkongsi kisah mengenai sikap ibu yang suka membuat perbandingan antara dirinya dan adik perempuan.

"Saya dah kahwin dengan suami hampir enam tahun. Kami duduk rumah parents saya sebab kewangan kami masih tak kukuh. Saya ada rumah yang dah beli sebelum kahwin tapi saya sewakan rumah tu.

"Ibu saya tak bagi kami pindah. Tapi bila saya duduk dengan parents, ibu saya suka bandingkan saya dengan adik," ujarnya dalam perkongsian tersebut.

Namun apa yang membuatkan dia agak hairan apabila ibunya bukan setakat suka membuat perbandingan, sebaliknya kerap memuji-muji adiknya di hadapan suaminya sendiri.

STRES 2

Wanita berkenaan buntu dengan sikap ibu dan suami sendiri. Gambar hiasan

"Ibu selalu cakap adik saya baik, layan anak-anak saya. Dalam hati saya, kenapa dia kena beritahu itu kepada suami saya?

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai remaja ‘tunggu masa’ keluar rumah sebab tak nak derhaka! Penceramah minta ibu bapa muhasabah diri, tak salahkan anak 100 peratus

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita mengadu mak ayah boyfriend ‘mulut laser’, suka perlekeh keluarga bakal besan... “Macam-macam mereka kutuk family saya”

"Sedangkan dia itu adalah ibu saya, bukan mak tiri tapi mak kandung. Dia selalu puji adik saya dekat husband saya tapi dia tak puji saya pun dekat suami saya.

"Dan apabila ada orang puji saya, ibu macam tak suka tau dan mesti nak cakap yang adik saya pun baik.

"Saya tak faham apa yang ibu saya mahukan sebenarnya? Saya okay saja dengan ibu tapi kenapa dia macam tu? Nak pindah, dia tak bagi," luahnya lagi.

Pindah, hidup sendiri. Tak apalah susah pun janji boleh urus rumah tangga tanpa gangguan orang lain.

NETIZEN

Sudahlah makan hati dengan sikap ibu sendiri, lebih membuatkannya sedih, si suami pula mula menunjukkan perubahan tingkah laku.

"Lepas itu tiba-tiba suami jadi renggang dengan saya dan tak banyak cakap.

"Saya patut stay rumah parents atau saya patut keluar? Saya dah stres sangat ni... tolong bantu saya," luahnya lagi.

Menyusuri ruangan komen, rata-ratanya memberi cadangan mengesyorkan individu berkenaan agar berpindah untuk mengelakkan situasi makan hati atau perkara di luar jangkaan daripada berlaku.

KOMEN PUJI

Segelintir netizen mencadangkan supaya wanita berkenaan berpindah.

"Pindah, hidup sendiri. Tak apalah susah pun janji boleh urus rumah tangga tanpa gangguan orang lain. Kalau berterusan begitu bakal mengundang kemudaratan. Memang tak boleh ada orang ketiga dalam rumah tangga kita hatta ibu bapa sendiri.

"Pindah sajalah. Kalau dah sampai renggang macam tu, memang susahlah.

"Bincang dengan suami untuk keluar dari rumah. Macam toksik saja. Tak elok untuk budak membesar dalam keadaan macam tu... fikir masa depan," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain