suria

Eh, kuaci pun ada! Cikgu mengajar di depan, murid makan nasi lemak dekat belakang... Sudahnya satu kelas dapat habuan

Seorang pelajar 'ditangkap' sedang asyik menikmati nasi lemak di dalam kelas.

KERENAH anak kecil pastinya mencuit hati.

Mereka ibarat kain putih bebas kotoran dan hanya mahu bergembira dalam dunia ini yang ada kalanya kejam.

Susuk tubuh yang kerap dapat menyaksikan telatah si cilik ini membesar tidak lain tidak bukan ialah insan bergelar seorang guru.

Seorang guru dari sebuah sekolah rendah yang senang disapa sebagai Cikgu Anep berkongsi antara kenangan manis bersama anak muridnya.

Ciapan asal di laman Twitter.

Cikgu Anep menceritakan bagaimana dia selalu mengingatkan anak muridnya untuk tidak makan di dalam kelas kerana ia sebahagian daripada adab di tempat ilmu dan tentunya kurang manis dipandang.

Walaupun begitu, Cikgu Anep tidak terlampau mengongkong dalam soal itu kerana dia membenarkan mereka untuk membawa makanan ringan seperti gula-gula dan coklat ke dalam kelas.

"Kalau kamu mengantuk dan nak makan gula-gula ke, coklat ke, makanlah, cikgu benarkan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Senang kerja! Warden buat live TikTok ketika spotcheck dorm pelajar, otai hadir dedah port rahsia sorok barang larangan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pelajar berfesyen pakai tudung labuh ada ekor, cikgu terus potong... kemudian menangis terganggu emosi padahal langgar peraturan

"Jangan makan nasi lemak sudahlah ye," katanya berseloroh kepada anak muridnya.

Gurauan Cikgu Anep itu disambut dengan gelak tawa kecil dari anak muridnya.

Namun begitu, Cikgu Anep tidak menyangka ada juga dalam kalangan mereka yang acuh tak acuh dengan pesanannya itu.

"Mereka gelak. Sebab mustahil la nak makan nasi lemak dalam kelas.

Kalau saya macam ni auto kena penampar dengan cikgu, susah betul nak jumpa orang macam Cikgu Anep.

NETIZEN

"Sekali masa aku mengajar dalam kelas tadi...," kata Cikgu Anep membuatkan warga maya tertanya-tanya apa yang terjadi.

Nafas panjang pasti dihelakan netizen apabila melihat sekeping gambar yang dikepilkan bersama bebenang ciapan Cikgu Anep menunjukkan seorang anak muridnya sedang menjamu selera sebungkus nasi lemak di belakang kelas.

Bukan sahaja nasi lemak malas sebungkus kuaci turut kelihatan di atas meja.

Dia dilihat tersipu-sipu malu dengan kesalahan yang dilakukannya.

Walaupun melanggar peraturan yang ditetapkan di dalam kelas, Cikgu Anep tidak berniat untuk menghukum anak kecil itu dan dia malah bermurah hati untuk membelanja keseluruhan kelasnya santapan nasi lemak.

"Kesudahannya aku pula yang kena belanja kawan-kawan dia satu kelas pagi ni," keluh Cikgu Anep dalam nada gurauan.

Walaupun sedang makan nasi lemak, buku pelajaran tetap tersedia di tepi.

Dalam gambar kedua yang dikepilkan dapat dilihat enam bungkus nasi lemak diletakkan di atas meja bilik darjah sambil jari anak muridnya sempat menyelinap masuk menunjukkan isyarat 'peace'.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya senang hati melihat pendekatan Cikgu Anep dalam mendidik anak muridnya.

Seorang warga maya juga sempat mengimbau kenangan manis penuh nostalgia ketika mereka di bangku persekolahan.

"Ya Tuhan, teringat zaman curi-curi makan nasi lemak belakang kelas," kata seorang netizen rindu kepada momen yang kini sudah berada di masa silam.

Manakala seorang netizen juga sempat berjenaka dengan bertanyakan adakah anak murid itu sempat membawa sekali minuman teh tarik ke dalam kelas untuk melengkapkan menu sarapan pagi.

Cikgu Anep membelanja seluruh kelas sarapan nasi lemak.

"Mujur dia tak bawa teh tarik sekali," kata netizen itu.

Lebih mengejutkan apabila Cikgu Anep membalas ciapan itu dengan mengatakan anak murid itu sememangnya datang bersiap dengan minuman teh tarik untuk menemani hidangan nasi lemaknya.

"Ada je, cuma tak ambil gambar. Dia sangkut dekat tingkap," ujar Cikgu Anep memberikan pengesahan.

"Uishhh dah boleh buka gerai dalam kelas," kata netizen terpesona dengan pendedahan itu.

Seorang netizen juga sempat menzahirkan rasa terharu dengan kesabaran Cikgu Anep untuk melayani kelakuan anak muridnya.

"Kalau saya macam ni auto kena penampar dengan cikgu, susah betul nak jumpa orang macam Cikgu Anep," kata netizen itu kagum.

Sebilangan ciapan balas warga maya.

Cikgu Anep kemudiannya membalas dengan menjelaskan anak muridnya masih kecil dan tidak boleh terlampau berkeras.

"Tak ada la, budak sekarang kalau kita keras sangat mereka makin memberontak," ujar Cikgu Anep.

Seorang warga maya bersetuju dengan perspektif Cikgu Anep tersebut apabila dia pernah mendapat keputusan cemerlang kerana gurunya yang baik hati.

"Ini la apa yang guru saya buat waktu sekolah dulu. Dia selalu bawa makanan dia masak ke kelas.

"Saya rasa lagi fokus dan ada nikmat belajar kalau ada makanan. Guess what?

"Mata pelajaran Sains saya dari gred E pada mulanya saya dapat A+ dalam masa yang singkat," kata warga maya itu berbangga dengan pecapaiannya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain