suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selena Gomez tarik nafas lega, saman AS$1.2 juta dibatalkan mahkamah

Selena terlepas daripada disaman oleh pelabur.

PELAKON dan penyanyi Selena Gomez menarik nafas lega apabila saman terhadap dirinya serta dua pengasas bersama syarikat Wondermind, Mandy Teefey dan Daniella Pierson, dibatalkan oleh mahkamah persekutuan.

Peguam Selena, Mathew S. Rosengart mengesahkan keputusan itu kepada TheWrap pada malam Isnin.

"Selena berpuas hati dengan keputusan membatalkan keseluruhan kes ini dan tidak sabar untuk meneruskan kehidupan," katanya.

Selena didakwa menipu pelabur sehingga mengakibatkan kerugian kira-kira AS$1.2 juta (RM4.9 juta).

Menurut dokumen mahkamah yang diperoleh TheWrap, pihak plaintif mengambil keputusan menarik balik saman berkenaan secara sukarela, sekali gus menyebabkan kes itu dibatalkan secara muktamad dan tidak boleh difailkan semula.

Pada Ogos lalu, Selena bersama ibunya, Teefey didakwa menipu pelabur Wondermind sehingga mengakibatkan kerugian kira-kira AS$1.2 juta (RM4.9 juta).

ARTIKEL BERKAITAN: Selena Gomez akui vape punca suara berubah, kesal terjebak nikotin

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak mampu hamil akibat isu kesihatan, Selena Gomez enggan putus asa... “Satu hari nanti“

Saman yang difailkan pelabur itu mendakwa pihak pengurusan syarikat permulaan dalam bidang kesihatan mental berkenaan mengeluarkan beberapa kenyataan mengelirukan, termasuk menjanjikan Selena akan terbabit secara langsung dalam operasi syarikat.

Untuk rekod, Selena, Teefey dan Pierson menubuhkan Wondermind pada 2021 sebagai platform yang menyediakan ruang untuk orang ramai berkongsi pengalaman serta menguruskan emosi menerusi perbualan terbuka, kandungan harian dan komuniti sokongan.

Bagaimanapun, pelabur mendakwa mereka mula menyedari masalah pengurusan syarikat itu selepas The Cut menerbitkan artikel mengenai keadaan persekitaran kerja Wondermind pada tahun lalu.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain