suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Poket marhaen ‘menangis’ tengok harga di kedai? Ini tip beli tayar murah kualiti premium, siap percuma balancing dan valve

Pembelian tayar menerusi platform e-dagang pada tarikh jualan hebat menawarkan harga jauh lebih murah. -Gambar hiasan AI

RAMAI pemilik kereta khususnya dalam kalangan golongan marhaen sering mengeluh mengenai harga tayar yang dilihat semakin mahal di pasaran sekarang.

Isu ini lebih terasa apabila melibatkan jenama-jenama terkenal yang memang diakui berkualiti tinggi, namun harganya pula agak 'keras' dan menguji poket.

Namun, seorang individu berkongsi cara bijak membeli tayar yang didakwa boleh menjimatkan kos tanpa perlu mengorbankan kualiti dan servis pemasangan.

Antara tip berguna yang dikongsikannya adalah dengan membeli tayar tersebut ketika berlangsungnya pesta promosi besar-besaran di platform e-dagang popular.

Ia seperti jualan promosi tarikh berkembar 6.6, 12.12, atau sebarang kempen jualan murah yang lain.

Pengguna perlu bijak dalam mencari promosi bagi mendapatkan harga yang murah. -Gambar hiasan AI

Pengguna perlu bijak dalam mencari promosi bagi mendapatkan harga yang murah. -Gambar hiasan AI

Menurut perkongsian tersebut, pembeli disaran memilih penjual yang menawarkan servis tambahan seperti Installation Service at Workshop serta mempunyai bengkel berdaftar yang berdekatan dengan lokasi pengguna.

Pakej pemasangan

Selepas pembelian dibuat, pelanggan hanya perlu membuat janji temu di bengkel terlibat dan hadir untuk pemasangan.

Menariknya, kebanyakan promosi yang ditawarkan termasuk pakej seperti pemasangan, balancing dan getah valve secara percuma, manakala pengguna hanya perlu membayar kos alignment sahaja.

"Harga sebiji tayar di kedai RM240, tapi dapat baucar dan lain-lain harga jari RM180 sebiji. 

“Jadilah pengguna yang bijak," komen individu tersebut.

Walaupun prosesnya nampak sangat mudah dan menguntungkan, pengguna tetap diingatkan supaya sentiasa menyemak terlebih dahulu kesahihan bengkel fizikal berkenaan.

Ketahui juga jenis servis yang ditawarkan, serta memahami terma promosi sebelum menekan butang bayar bagi mengelakkan sebarang masalah timbul di kemudian hari.

Artikel Lain