suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gaji kecil bukan punca tak kaya, enam tabiat di usia 20-an ini ‘perosak’ pengurusan kewangan

Berbelanja luar kemampuan bersama kekasih menyebabkan ada individu gagal untuk menabung. -Gambar hiasan AI

RAMAI golongan muda yang mengabaikan soal kewangan kerana merasakan gaji diterima mencukupi untuk menampung kehidupan.

Namun apabila sudah berkahwin, mempunyai anak dan tanggungjawab semakin bertambah, barulah ramai mula menyedari kepentingan mengurus kewangan dengan lebih bijak sejak awal.

Menerusi satu perkongsian di platform kewangan Absorichmy, terdapat beberapa kesilapan dilakukan ketika berusia 20-an dan ia boleh memberi kesan kepada kedudukan kewangan pada masa hadapan jika tidak dikawal.

Bayaran bulanan kereta yang tinggi sedangkan gaji rendah menyebabkan golongan muda tidak dapat menyimpan. -Gambar hiasan AI

Bayaran bulanan kereta yang tinggi sedangkan gaji rendah menyebabkan golongan muda tidak dapat menyimpan. -Gambar hiasan AI

Antara kesilapan yang sering dilakukan ialah:

- Mengambil pinjaman peribadi tanpa keperluan mendesak

- Kerap keluar dating atau berhibur

- Membeli barangan di luar kemampuan

- Membeli kereta baharu terlalu awal

- Tidak mempunyai simpanan kecemasan

- Terlalu kerap memberi ganjaran kepada diri sendiri

Menurut perkongsian itu, ramai hanya menyedari kesilapan tersebut apabila usia semakin meningkat dan tanggungjawab hidup bertambah.

Bagaimanapun, mereka menegaskan bahawa soal kewangan bukan sesuatu yang terlambat untuk diperbaiki. 

Selagi seseorang masih mempunyai pendapatan dan peluang untuk merancang kewangan dengan lebih baik, masih ada ruang untuk membina semula kedudukan kewangan yang lebih kukuh.

Antara langkah yang boleh dilakukan bermula hari ini ialah:

- Menabung secara konsisten walaupun dalam jumlah kecil.

- Mengelakkan hutang yang tidak perlu.

- Memulakan pelaburan seawal mungkin.

- Menyediakan dana kecemasan sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan perbelanjaan.

- Mengamalkan gaya hidup mengikut kemampuan dan bukannya mengikut kehendak semata-mata.

"Ketika muda, ramai rasa gaji yang diterima sudah banyak. Namun apabila melihat semula perbelanjaan yang dilakukan, barulah sedar sebahagian besar wang sebenarnya habis untuk perkara yang tidak memberi nilai jangka panjang," menurut perkongsian tersebut.

Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen, dengan ramai mengakui pernah melakukan kesilapan sama ketika usia muda dan berharap generasi lebih muda dapat mengambil iktibar sebelum terlambat.

Artikel Lain