suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki terkejut dikenakan caj parkir RM1,469, nasihat orang ramai hati-hati guna kad debit

Seorang lelaki hampir mengalami kerugian ketika ingin membuat bayaran parkir. -Gambar hiasan AI (kiri)

SEORANG lelaki berkongsi pengalaman mencemaskan apabila mendakwa hampir dikenakan caj RM1,469 untuk bayaran parkir di sebuah lokasi yang menggunakan sistem imbasan nombor plat.

Menurutnya, pada awalnya sistem parkir memaparkan caj RM5 selepas nombor plat kenderaannya diimbas secara automatik.

Namun ketika ingin membuat bayaran, jumlah tersebut didakwa bertukar secara tiba-tiba kepada RM1,469.

"Tergamam seketika. Kenapa tiba-tiba jadi RM1,000 lebih bayaran parkir ni? Sedangkan baru letak berapa jam je.

"Nasib baik tidak main 'tap' saja kad, kalau tak gerenti 'terbang' RM1,000 lebih," kongsinya di Facebook.

Kaedah imbas juga digunakan untuk pembayaran parkir. -Gambar hiasan AIKaedah imbas juga digunakan untuk pembayaran parkir. -Gambar hiasan AI

Bimbang berdepan masalah ketika membuat tuntutan bayaran balik, dia mengambil keputusan untuk mengundurkan kenderaan dan cuba keluar melalui pintu lain.

Bagaimanapun, cubaan itu gagal apabila sistem tidak dapat mengesan nombor plat kenderaannya, memaksa dia menggunakan interkom untuk menghubungi petugas parkir.

"Sambil tunggu petugas tu, saja la undur dan pergi semula ke pintu keluar yang pertama tadi. Bila imbas nombor plat bayaran kembali RM5.

"Alhamdulillah cepat-cepat 'tap' kad, palang terbuka dan saya terus jalan keluar," katanya.

Susulan kejadian itu, dia menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menyemak jumlah bayaran sebelum membuat pembayaran, bukan sahaja di kawasan parkir malah di semua kaunter.

“Jangan main 'tap' atau imbas saja. Kalau tersalah caj, nak minta 'refund' leceh, lebih-lebih lagi guna kad debit,” katanya.

Artikel Lain