suria

Ramai risau pakaian rosak, warna cepat luntur... Ini 5 jenis fabrik patut dicuci guna air panas

Fabrik terlalu kotor akan lebih bersih dicuci dengan air panas. -Gambar hiasan AI

RAMAI memilih mencuci pakaian menggunakan air sejuk kerana menganggap kaedah itu lebih menjimatkan elektrik dan tidak merosakkan fabrik. 

Malah, pakaian berbulu, kasmir dan baju sukan memang disarankan dicuci dengan air sejuk untuk memastikan ia tidak rosak.

Namun, terdapat beberapa jenis fabrik tertentu yang sebenarnya lebih sesuai dicuci menggunakan air panas, terutama untuk menanggalkan kotoran degil dan membunuh kuman.

Pakaian putih dan warna cerah lebih sesuai dibasuh menggunakan air panas. -Gambar hiasan AIPakaian putih dan warna cerah lebih sesuai dibasuh menggunakan air panas. -Gambar hiasan AI

1. Fabrik terlalu kotor

- Kain yang terlalu kotor seperti cadar, linen dan pakaian bernoda memerlukan air panas kerana ia membantu detergen bertindak dengan lebih berkesan berbanding air sejuk.

2. Tuala dan cadar

- Walaupun ramai mencuci tuala dan cadar menggunakan air sejuk, pakar pembersihan dari The Maids, Ken Doty berkata air panas lebih efektif untuk membunuh bakteria dan hama, terutama fabrik yang kerap bersentuhan dengan kulit.

3. Fabrik yang perlu disteril

- Jika terdapat ahli keluarga yang sakit, semua pakaian, tuala dan cadar yang terdedah disarankan dicuci menggunakan air panas bagi memastikan kuman dibunuh sepenuhnya.

4. Pakaian putih dan warna cerah

- Pakaian putih dan cerah lebih mudah terkena kotoran seperti sos, rempah dan dakwat. 

- Air panas membantu menanggalkan kesan tersebut dengan lebih berkesan, namun air suam boleh digunakan jika bimbang pakaian luntur.

5. Pakaian bersentuhan terus dengan kulit

- Selain tuala dan cadar, pakaian yang dipakai seharian dan bersentuhan terus dengan kulit juga digalakkan dicuci menggunakan air panas demi kebersihan optimum.

Kesimpulannya, pemilihan suhu air yang betul bukan sahaja membantu membersihkan pakaian dengan lebih berkesan, malah penting untuk menjaga kebersihan dan kesihatan ahli keluarga.

Artikel Lain