suria

Suspek pukul Kamal Adli tak dibenar diikat jamin, mahkamah buat keputusan selepas buat penilaian psikiatrik

Perbicaraan kes pukul Kamal masih belum selesai.

SUSPEK yang ditahan atas tuduhan memukul pelakon Kamal Adli di Singapura pada 12 Mac lalu tidak dibenarkan untuk diikat jamin.

Perintah tersebut diputuskan oleh Hakim Hakim Daerah, Brenda Tan pada sebuatan kes yang berlangsung di pada Selasa.

Keputusan tersebut juga dibuat berdasarkan penilaian Institut Kesihatan Mental yang diterima selepas lelaki tersebut menjalani pemeriksaan di sana.

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli sudah sedar, Uqasha Senrose perjelas kekeliruan suami ditidurkan

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli stabil tapi bergantung ubat tahan sakit, minta netizen jangan gaduh - “Yang ketuk saya seorang bukan satu Singapura”

Perbicaraan kes tersebut disambung pada 2 Mei depan.

Lelaki berusia 33 tahun itu didakwa di Mahkamah Negara pada 14 Mac atas pertuduhan terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya.

Mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan atau mana-mana gabungan hukuman itu.

kamal adli 2

Kecederaan yang dialami Kamal selepas dipukul.

Tertuduh yang mendengar keputusan tersebut meluahkan rasa tidak puas hati dan mempersoalkan dia masih ditahan.

Pada 12 Mac lalu, Kamal diserang seorang lelaki tidak dikenali menggunakan cota ketika terlibat dalam acara Hari Raya Mega Sale 2023 di Singapura sehingga aktor itu mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala, wajah dan badan.

Mahkamah Singapura kemudian mereman suspek selama dua minggu dan diarahkan menjalani pemeriksaan psikiatrik di Institut Kesihatan Mental Singapura.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain