suria

[V] Sam Bunkface dan bekas isteri muncul di mahkamah, masing-masing kunci mulut isu nafkah anak

SELEPAS saling tuduh menuduh berhubung isu bayaran nafkah anak lelaki mereka sebelum ini, penyanyi Sam Bunkface dan bekas isterinya iaitu Aida Azira Husin memilih mengunci mulut ketika hadir ke perbicaraan kes tersebut pada Isnin.

Sam atau Shamsul Anuar Baharom, 35, berkata, dia tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan memandangkan perbicaraan sedang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah daerah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

"Sebenarnya hari ini tak boleh beri sebarang komen sebab kenyataan yang saya keluar sebelum ini meliputi semuanya termasuk kes nafkah.

"Sekarang kes nafkah sedang berjalan dengan baik. Segala info saya sudah berikan sebelum ini. Kalau ada apa-apa soalan tanya Aida," katanya kepada pemberita.

Sam hadir ditemani isterinya Eifa Ezrin Mohd Kushairi ke mahkamah.

sam bunkface 2

Aida hadir ditemani peguamnya Muhammad Hafiz Hood.

Dalam pada itu peguam syarie yang mewakili Sam, Liyana Sihar ketika ditemui menjelaskan anak guamnya selaku plaintif tidak boleh memberi sebarang kenyataan sebagai menghormati mahkamah.

"Saya tak boleh beri kenyataan apa dan sepatutnya pihak sana yang beri kenyataan, lagipun kalau beri kenyataan ia ibarat menyalin fakta mahkamah," katanya.

Tambah Liyana, Hakim Syarie Shukran Yusof menetapkan kes perbicaraan itu disebut pada 16 Mei depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sam Bunkface tak abai nafkah walaupun pendapatan terjejas, kesal bekas isteri sukarkan jumpa anak

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri minta Sam Bunkface tunjuk bukti kalau ada kesulitan bayar nafkah anak

Sementara itu, bekas isterinya, Aida Azira Husin dan peguam syarie Muhammad Hafiz Hood menolak untuk memberi sebarang kenyataan dan bergegas keluar dari pekarangan mahkamah.

Menurut rakan yang menemaninya, Takie memberitahu Aida akan memberikan kenyataan rasmi berhubung isu berkenaan dalam tempoh terdekat.

“Buat masa ini tak boleh berikan apa-apa kenyataan, tunggu dalam masa terdekat Aida akan berikan kenyataan semula, maaf ya semua,” ujarnya.

Pada malam Sabtu lalu, Sam menerusi satu hantaran Instagram menegaskan tidak pernah langsung mengabaikan tanggungjawab dan nafkah anak mereka iaitu Maleeq, 7, walaupun sebulan.

sam bunkface 3

Sam mahu pinda nafkah anak tapi Aida tak setuju.

Dedahnya lagi, dia juga memberitahu Maleeq juga kini dijaga oleh ibu Aida di Melaka sekaligus mempersoalkan jumlah nafkah yang perlu dibayar iaitu berjumlah RM1,300 sebulan.

Terdahulu, pada 29 Mac lalu Sam dan Aida hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor bagi sebutan kes pindaan nafkah anak mereka.

Aida tidak bersetuju dengan permohonan dibuat penyanyi terbabit, selain meminta bukti andai tidak mempunyai pendapatan atau tawaran persembahan seperti dikatakan.

Sam mendirikan rumah tangga dengan Aida yang juga penerbit rancangan sebuah stesen televisyen pada 25 April 2015, namun bercerai empat tahun kemudian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain