suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Balu Allahyarham Abam dakwa kena sihir, minta bantuan cari pakar perubatan Islam

Anak Hidayah juga terkena perbuatan sihir.

BALU kepada Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah mendakwa dirinya terkena perbuatan sihir sejak suaminya itu meninggal dunia.

Menurut Hidayah atau Siti Nor Hidayah Mohd Ali, 31, perbuatan sihir itu turut terkena kepada anak tunggalnya iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 4 tahun.

“Saya terkena sihir sejak suami meninggal sehingga sekarang,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Balu Abam minta Ali Puteh tidak lengah bayar ganti rugi, mahu teruskan hidup dengan anak

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tiada duit berniagalah” - Balu Abam bengang ada pihak cuba kacau perniagaan

Hidayah berkongsi perkara tersebut dalam sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Menerusi video tersebut, Hidayah memohon bantuan orang ramai agar dapat membantunya mencari pakar dalam perubatan Islam bagi merawat dia dan anaknya.

“Saya minta tolong kepada sesiapa yang kenal pakar perubatan Islam, ustaz atau sesiapa yang yang ada kepandaian merawat penyakit mistik di sihir.

hidayah 2

Hidayah dakwa tanggung derita sihir sejak pemergian arwah Abam.

“Tolong bantu rawat penyakit saya dan Hamzah yang terkena sihir,” jelasnya.

Untuk rekod Hidayah dan Abam mendirikan rumah tangga pada 2017.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain