suria

Diana dakwa Farid tengking, kurung anak dalam bilik… biar tidur di lantai

Diana mendakwa Farid naik hantu berhari-hari sehingga memberi emosi anak terkesan.

PELAKON Diana Danielle nampaknya tidak lagi berdiam diri tentang masalah rumah tangga dihadapi dengan Farid Kamil apabila terus mendedahkan suaminya pernah melakukan penderaan terhadap anak kedua mereka iaitu Nur Aurora.

Diana, 32, berkata, kenyataan Farid mengatakan kejadian memarahi anak sebagai kecil bukan seperti apa yang berlaku dan hanya disebabkan perkara remeh.

"Dia boleh beli kereta baru, beli cincin berapa ribu (ganti cincih kahwin yang hilang) dan apa lagilah tapi nafkah serta hutang masih tergantung.

diana d 2

Diana mendakwa sikap Farid memberi kesan kepada anaknya.

"Dia nak tekankan kata kejadian marah anak itu kecil sahaja. Saya nak tekankan di sini, dia dah mula tengking-tengking, baran dengan anak dari malam sebelumnya. Semuanya disebabkan hal yang sangat remeh," katanya.

Diana membuat pendedahan itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada Isnin.

Mendedahkan lanjut mengenai kejadian menimpa Aurora, Diana mendakwa selain ditengking Farid selama beberapa hari, anak perempuannya itu juga pernah dikurung dalam sebuah bilik.

ARTIKEL BERKAITAN: Insiden ‘petik cili’ bukan punca minta cerai, Diana dedah Farid mengamuk sampai polis datang rumah

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sebulan dihalang jumpa anak-anak, Farid Kamil minta tanya pada Diana kenapa Aurora trauma

Kata Diana, dia cuba menghalang tindakan suaminya itu namun Farid mengugutnya akan kembali berbuat demikian selepas dia masuk ke dalam bilik berkenaan.

"Aurora menggigil minta tolong dengan saya, sebab dia takut. Dia dipaksa untuk duduk dalam bilik Baba (panggilan Farid) malam itu sebab dia nak sambung 'ajar' anak.

"Bila saya masuk bilik, anak saya tidur atas lantai depan pintu tandas berlapik sejadah. Saya jadi terkejut, sudah la ditengking sepuas hati dari petang, dia tak bagi anak tidur dengan saya, disuruh tidur atas lantai.

Dia boleh beli kereta baru, beli cincin berapa ribu (ganti cincih kahwin yang hilang) dan apa lagilah tapi nafkah serta hutang masih tergantung

DIANA DANIELLE

PELAKON

"Saya nak angkat Aurora masuk bilik kerana tak tahan tengok layan anak macam itu, dia tolak saya berkali-kali halang saya ambil anak saya," katanya.

Tambah Diana, dia bertegas untuk membawa Aurora keluar dari bilik tersebut kerana ia tidak sesuai untuk kanak-kanak.

"Bilik itu pun tak sesuai anak masuk. You tahu kenapa bilik itu tak sepatutnya ada kanak-kanak dalam itu.

"Jadi memang tak sesuai nak suruh anak tidur dalam bilik itu, apa lagi atas lantai," ujarnya.

diana d 3

Kes perceraian Farid dan Diana masih belum selesai.

Diana mendedahkan disebabkan kejadian itu juga dia terpaksa menghubungi polis bagi membolehkan dia membawa anak-anaknya keluar dari rumah mereka dengan selamat memandangkan Farid mengamuk.

Sementara itu pelakon filem Imaginur itu juga membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa Farid pernah meminta untuk menggugurkan namanya pada kedua-dua anak mereka.

"Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang bin dan binti anak? Kenapa suruh I file permohonan buang nama you dari surat beranak anak? Kenapa ugut kami macam tu?

Pada Ahad, Diana menafikan insiden anaknya 'petik cili' di rumah jiran menjadi punca dia menutut cerai pada awal Mac lalu dan mendedahkan punca Aurora trauma dengan Farid.

Pada sebutan kes penceraian pasangan itu pada 20 Mac lalu, Farid enggan melafazkan talak terhadap Diana dengan alasan masih sayangkan isterinya.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain