suria

Kamal Adli sudah sedar, Uqasha Senrose perjelas kekeliruan suami ditidurkan

Uqasha jelaskan keadaan Kamal selepas cedera diserang individu tidak dikenali.

PELAKON Uqasha Senrose tampil menjelaskan kekeliruan sesetengah pihak berhubung kenyataannya yang mengatakan suaminya, Kamal Adli ditidurkan selepas cedera akibat diserang individu tidak dikenali menggunakan cota di Singapura pada malam Ahad.

Uqasha menjelaskan Kamal sebenarnya ditidurkan agar memudahkan doktor menjahit luka di bahagian kepala akibat serangan selepas mereka menyertai acara Hari Raya Mega Sale 2023 bertempat di Singapore Expo, Singapura.

"Kali terakhir Qasha (panggilan Uqasha) nak jelaskan Kamal ditidurkan untuk jalani pembedahan dan jahitan di kepala. Tolong jangan salah faham," katanya.

Uqasha jelaskan keadaan suaminya selepas diserang.

Uqasha menjelaskan kekeliruan itu menerusi Instastory miliknya pada Isnin.

Dalam perkongsian berbeza, Uqasha memaklumkan Kamal sudah pun sedar selepas ditidurkan sekali gus mengharapkan doa peminat demi keselamatan mereka suami isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha dedah WhatsApp Kamal Adli terima ugutan bunuh, penyerang bukan orang tak siuman

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia hayun berkali-kali di belakang kepala” - Uqasha Senrose cerita detik cemas Kamal Adli dipukul, pelaku dakwa dihantar pihak lain

Pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu juga memberitahu dia menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

"Alhamdulillah Kamal dah sedar dan masih mamai. Harap semua doakan keselamatan kami dan juga keselamatan kalian. Yang lain Qasha dan Kamal serah pada polis untuk buat siasatan lanjut," ujarnya.

Kamal Adli cedera selepas diserang individu tak dikenali.

Dalam kejadian itu, Kamal, 37, mengalami kecederaan di bahgian kepala, muka, bawah mata dan badan selepas diserang seorang lelaki berusia 34 tahun menggunakan cota.

Aktor itu kemudiannya dikejarkan ke Hospital Besar Changi Singapura bagi mendapatkan rawatan segera manakala suspek kes tersebut sudah pun ditahan pihak berkuasa Singapura.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain