suria

[V] Seakan-akan ada konflik, Aaron Aziz digugurkan dari ‘Original Gangster’... Sudah maafkan Syamsul Yusof

AKTOR Datuk Aaron Aziz mengesahkan namanya digugurkan daripada barisan pelakon filem Original Gangster arahan Syamsul Yusof.

Aaron, 47, bagaimanapun enggan mendedahkan punca namanya tercicir daripada projek berkenaan kerana menghormati bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam selain tidak mahu kemelut yang berlaku berpanjangan.

"Saya dibuang dari filem Original Gangster. Saya tidak terlibat dalam filem tersebut. Itu sahaja yang boleh saya katakan.

"Saya juga tidak mahu membuka aib sesiapa. Saya menghormati Datuk Yusof yang saya anggap sebagai bapa sendiri... yang tahu, tahulah cerita sebenarnya," kata beliau kepada mStar.

aaron 3

Nama Aaron digugurkan dari senarai pelakon Original Gangster.

Aaron mendedahkan perkara itu ketika ditemui selepas majlis tonton Anugerah Drama Sangat 2023 (TADS2023) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Ahad.

Pada acara itu, Aaron membawa pulang trofi kategori Pelakon Drama Terbaik menerusi persembahannya dalam Suamiku Lelaki Pendosa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku bukan kafir” - Aaron Aziz jawab komen ukir tatu sementara di leher

ARTIKEL BERKAITAN: Jantung Aaron Aziz macam nak gugur dapat berita kereta dinaiki isteri kena langgar... “Dia kalau tak sakit memang ligat”

Dalam pada itu, Aaron seakan-akan tidak menafikan berlaku konflik antara dia dan Syamsul namun memilih memaafkan pengarah filem berkenaan.

Kata Aaron, dia enggan membuka cerita tentang perkara berkenaan apatah lagi Syamsul ini berdepan pelbagai masalah.

Saya tidak mahu buka cerita. Dia pun ada macam-macam masalah sekarang ini

DATUK AARON AZIZ

PELAKON

"Saya tidak mahu buka cerita, dia pun ada macam-macam masalah sekarang ini. Kita doakan yang terbaik buatnya. Saya sudah pun maafkan dia," katanya.

Menurut Aaron, dia sudah menerima skrip filem tersebut dah hanya sempat menjalani sesi latihan sebelum namanya digugurkan sebagai salah seorang barisan pelakon.

Terbuka dan akur dengan keputusan itu, Aaron sebaliknya menganggap setiap apa yang berlaku adalah satu rezeki dan ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian.

aaron 2

Aaron berjaya meraih trofi menerusi Pelakon Lelaki Terbaik TADS2023.

"Saya sudah terima skrip dan ada perbincangan untuk filem ini. Saya juga sudah menjalani latihan namun tiba-tiba nama saya tidak diperlukan lagi.

"Saya okey sahaja. Allah telah rancang semuanya. Kalau memang bukan rezeki saya, maka saya terima dengan hati terbuka," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain