suria

Jantung Aaron Aziz macam nak gugur dapat berita kereta dinaiki isteri kena langgar... “Dia kalau tak sakit memang ligat”

Isteri Aaron Aziz terlibat dalam kemalangan.

PELAKON Datuk Aaron Aziz cemas apabila mendapat berita isterinya iaitu Datin Diyana Halik terlibat dalam kemalangan pada Rabu.

Kata Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 46, dia terkejut apabila menerima khabar tersebut ketika bangun daripada tidur.

"Subhanallah bangun tidur dapat mesej dari my darling (isterinya) dia terlibat dalam kemalangan. Kereta sondol dari belakang. Terus jantung macam jatuh, anxious!

Aaaron Aziz cemas isteri terlibat kemalangan.

"Terus suruh dia pergi ke Pince Court (hospital) sebab sakit belakang dia dari leher ke pinggang," katanya.

Aaron berkongsi mengenai insiden itu menerusi Instgaram miliknya.

Aaron bagaimanapun bersyukur apabila isterinya tidak mengalami kecederaan teruk dan doktor yang merawat menyarankan agar Diyana berehat untuk sementara waktu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku bukan kafir” - Aaron Aziz jawab komen ukir tatu sementara di leher

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Aaron Aziz dipuji masih kacak walaupun gigi rongak

"Alhamdulillah! X-ray okay tapi doktor suruh monitor dan dapatkan rehat untuk 48 jam. Terima kasih jururawat di PMC, selalu terbaik," ujarnya.

Dalam pada itu, Aaron juga berkongsi keadaan kereta jenama Alphard berwarna hitam yang remuk dilanggar kenderaan lain dari arah belakang.

Dia juga berkongsi video keadaan isterinya yang terlantar di katil hospital ketika sedang mendapatkan rawatan.

Aaron Aziz harap isteri rehat dulu dari segala aktiviti.

Aaron turut menitip pesan pada isterinya itu agar mendapatkan rehat secukupnya dan mengurangkan sebarang aktiviti lasak.

"Rehat okay Dar. Bukan ke sana sini. Dia ini kalau tak sakit memang ligat. Kalau tak kerja ada sahaja aktiviti dia. Jadi kita tengok dia boleh duduk diam tak," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain