suria

Netizen meluat baca luahan ‘putus cinta’ Janna Nick… “Maaf saya tidak cukup matang hadapi situasi ini”

Janna akui tidak kuat berdepan dugaan.

STATUS hubungan pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schatzmann terus menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat.

Tindakan Janna sering berkongsi kata-kata hikmah menggambarkan dirinya seolah-olah baru putus cinta mengundang rasa kurang senang netizen di media sosial.

Menjawab mengenai perkara itu, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 27, mengakui dirinya belum cukup matang untuk berdepan dengan situasi sebegitu.

janna 1

Status hubungan Janna dan Dini terus jadi tanda tanya.

“Saya minta maaf seandainya posting saya menyakitkan mata dan hati sesetengah orang.

“Saya sedar saya tidak cukup matang dan kuat untuk hadapi situasi macam ini. Saya minta maaf dan berjanji akan kembali dengan lebih kuat. Hanya masa dapat menyembuhkan,” katanya.

Janna menulis luahan hatinya itu menerusi satu hantaran di laman Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick beri gambaran hubungan sudah berakhir, ‘unfollow’ Instagram Dini Schatzmann - “Cinta kita telah berakhir selamanya”

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick bawa diri ke Eropah, cari ketenangan selepas kecoh putus cinta

Dia turut memuat naik rakaman suara nyanyian sebuah lagu dengan lirik yang menggambarkan perasaannya ketika ini.

“Terima kasih mentari setia, pernah membelai hati yang dahaga. Pernah mendakap jasad yang dahaga.

Saya sedar saya tidak cukup matang dan kuat untuk hadapi situasi macam ini

JANNA NICK

PELAKON

“Sedarlah aku sayang tidak selamanya berpanjangan. Sayangnya penghuni jiwa tidak lagi pulang,” luahnya.

Dalan hantaran yang sama, dia juga turut berkongsi paparan komen seseorang yang meminta dia tidak lagi bercakap soal hubungan yang sudah terputus.

janna 3

Janna masih kunci mulut soal hubungan cinta.

Kisah Janna dan Dini mendapat perhatian ramai apabila dia sendiri memuatnaik beberapa status yang menimbulkan keraguan dalam kalangan peminat.

Selepas dikatakan putus cinta, Janna dilihat membawa diri bercuti ke Eropah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain