suria

Terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, Nabila Razali tahan penunggang motosikal tumpang ke lokasi show

Nabila tumpang penunggang motorsikal selepas tersangkut dalam jem.

PENYANYI dan pelakon Nabila Razali terpaksa menahan penunggang sebuah motosikal selepas dia terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ketika ingin menghadiri sebuah acara pada malam Ahad.

Menerusi video dimuat naik di TikTok, Nabila dilihat menumpang seorang lelaki yang berbaik hati menumpangkannya untuk ke acara tersebut memandangkan dia sudah terlambat dan perlu membuat persembahan.

Jelas Nabila, lokasi program itu berlangsung hanya beberapa meter daripada lokasi dia terperangkap membuatkan dia terpaksa menahan penunggang motosikal untuk menghantarnya.

Nabila tumpang motorsikal pengguna jalan raya.

"Dah lambat nak pergi show, Nabila terpaksa tahan motosikal nak tumpang. Jalan sesak teruk, tinggal beberapa meter sahaja lagi nak sampai," katanya.

Dalam video itu juga, Nabila yang memakai pakaian serba hitam meminta izin lelaki berkenaan untuk memegang begnya agar kedudukannya lebih stabil ketika membonceng motosikal berkenaan.

"Maaf saya pegang beg, ya. Jangan laju-laju," katanya kepada penunggang motosikal berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali mengaku silap pakai baju ketat di AJL37, netizen berhak tegur... “Maaf kalau mengganggu sesiapa”

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali terima jika netizen kecam, tapi kesal sindiran datang daripada rakan artis... “Public figure kena tunjuk contoh baik”

Kejadian dipercayai berlaku di Jalan Ipoh ketika Nabila dalam perjalanan ke Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2023 yang diadakan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berseloroh bahawa penunggang motorsikal tersebut bertuah.

Malah mereka juga bimbang keselamatan Nabila yang tidak memakai topi keselamatan dan juga cara duduknya.

Peminat kagum dengan kesungguhan Nabila.

"Tak tidur malam abang itu dapat bawa Nabila Razali.

"Risau kita tengok Nabila tak pakai helment dan takut kain dia masuk tayar motor.

"Demi kerja, Nabila sanggup ek. Memang respect dekat Nabila," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain