suria

Ibu Faizal dan Anas Tahir meninggal dunia

Faizal dan Anas kehilangan ibu tercinta.

IBU kepada penyanyi dan komposer Faizal Tahir iaitu Muzlipah Aisha Pawanteh meninggal dunia pada pagi Ahad.

Berita sedih itu dikongsi sendiri sendiri oleh Faizal atau Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 46, yang turut memohon doa ramai buat kesejateraan Allahyarham.

"Kepada yang mengenali ibu saya, mohon dihalalkan segala makan minum beliau dan diampunkan kekurangan serta salah silap selama dalam kenalan.

anas tahir 1

Anas berkongsi gambar kenangan bersama arwah ibunya.

"Rehatlah dan tenanglah di negeri abadi Mama, cinta hati pertama saya.

"Mama sudah buat yang terbaik untuk kami semua. Anak-anak masih ada urusan di dunia dan kami akan menyusul kemudian," katanya.

Sementara itu, perkara sama turut dimaklumkan menerusi Instagram stesen radio Zayan FM yang merupakan tempat bertugas Anas Tahir iaitu adik kepada Faizal.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Khai Bahar meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Adi Putra meninggal dunia di Singapura

Anas sebelum ini juga pernah berkongsi kisah dia terpaksa menjual barangan peribadi bagi menampung kos perubatan ibunya namun tidak mendedahkan penyakit sebenar.

Anas turut memuat naik gambar bersama ibunya di Instagram berserta kenangan mereka bersama.

"Tak dapat dah nak usap dan cium Mama, peluk Mama kuat-kuat," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain