suria

Diana Danielle bukan lagi pelakon sepenuh masa, sambung pengajian dalam 2 bidang serentak

Diana kembali memulakan pengajian di universiti.

PELAKON dan penyanyi Diana Danielle kini tidak lagi bekerja sepenuh masa dalam bidang seni susulan memberi fokus kepada pengajian di sebuah universiti tempatan.

Diana atau Diana Danielle Beeson, 33, berkata, dia baharu sahaja mendaftar dan memulakan pengajian dalam dua bidang serentak iaitu biologi kimia dan psikologi serta pengurusan perniagaan.

Keputusan menyambung pengajian juga dibuat kerana mahu meneruskan impian yang selama ini tertangguh akibat sibuk dengan karier sebagai pelakon dan penyanyi.

diana danielle 2

Diana akui bukan mudah memulakan kembali pengajian.

"Saya sedar melakukan perkara ini (menyambung pengajian) secara serentak akan menjadi sesuatu yang menarik.

"Disebabkan saya bukan lagi pelakon sepenuh masa, saya juga ada banyak masa untuk keluarga," katanya.

Diana berkongsi mengenai perkembangan terbaharunya itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum daftar pengesahan rujuk, Diana Danielle perlu sedikit masa... “Atas kertas sahaja, tak mengubah apa-apa”

ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan dan senyuman bukan cara ukur bahagia, Diana Danielle sangkal sedang hamil anak ketiga

Diana yang memulakan pengajian sejak dua bulan lalu turut berkongsi video di Instastory memperlihatkan dia sedang menyiapkan tugasan selain perlu menghadiri kelas secara maya pada hujung minggu.

Sementara itu, Diana memberitahu dia sebelum ini pernah menyambung pengajian dalam bidang bioteknologi namun tidak menamatkan pelajaran kerana sibuk dengan kerjaya seni.

Justeru kesempatan kali ini digunakan sebaik mungkin untuk memberi fokus agar dia dapat menamatkan pengajian dalam bidang pilihannya.

diana danielle 3

Selain sibuk dengan jadual kuliah, Diana juga mahu memberi fokus kepada keluarga.

"Saya pernah belajar dalam bidang bioteknologi dan itu adalah aliran pilihan ibu saya. Saya tahu ia membuang masa kerana bukan pilihan sendiri.

"Saya gembira dapat menyambung kembali pengajian dalam bidang yang saya suka dan bukannya disebabkan terpaksa. Saya memiliki karier yang sangat baik dan kini tiba masanya kembali bergelar pelajar dalam bidang perniagaan dan sains," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain