suria

Berat badan dan senyuman bukan cara ukur bahagia, Diana Danielle sangkal sedang hamil anak ketiga

Diana sekali lagi memaklumkan dirinya tidak hamil.

SEJAK kembali rujuk dengan bekas suami pada Ogos lalu, peminat perasan perubahan pelakon Diana Danielle yang bukan sahaja dilihat ceria tetapi berat badannya juga semakin bertambah.

Diana atau Diana Danielle Beeson, 32, bagaimanapun meminta netizen tidak terus membuat andaian atau kesimpulan dengan hanya melihat apa dipaparkan di media sosial.

"Tidak ada sesiapa boleh memastikan sama ada seseorang itu bahagia dengan merujuk kepada kenaikan berat badan dan senyumannya di media sosial.

Diana memberi respon terhadap komen netizen.

Diana memberi respon terhadap komen netizen.

"Apa pun terima kasih kerana membuat andaian yang positif," katanya.

Dia menjelaskan perkara itu ketika memberi respon terhadap komen pengikutnya di Instagram yang membuat andaian isteri pelakon dan pengarah Farid Kamil itu sedang bahagia.

Menerusi hantaran sama, Diana turut menyangkal dakwaan dia sedang berbadan dua susulan berat badannya dilihat bertambah.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum daftar pengesahan rujuk, Diana Danielle perlu sedikit masa... "Atas kertas sahaja, tak mengubah apa-apa"

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil pegang perut Diana Danielle, peminat doa ada berita gembira

"Sebelum ada yang bertanya lagi, saya tidak hamil," jelasnya.

Sebelum ini, Diana pernah menafikan dia sedang hamil anak ketiga.

Diana menjelaskan perubahan fizikalnya disebabkan selera makan yang bertambah sejak kebelakangan ini.

Diana mengakui mengalami kenaikan berat badan.

Diana mengakui mengalami kenaikan berat badan.

Untuk rekod, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 10 Ogos lalu.

Bagaimanapun, penceraian tersebut tidak tahan lama apabila Farid mendedahkan sudah kembali rujuk dengan Diana pada 31 Ogos.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Aurora, 8 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain