suria

Al Maqari bertanding di ‘Pentas Marhaban’, Tilmiz Fahmi jawab fitnah dapat keistimewaan sebagai hos

Fahmi minta pendatang baharu bersaing secara sihat.

PENGACARA Tilmiz Fahmi tidak mempunyai sebarang kuasa dalam menentukan senarai peserta atau pemenang program realiti Pentas Marhaban terbitan TV Al-Hijrah yang sedang berlangsung ketika ini.

Fahmi atau Muhamad Nurfahmi Zainal, 23, menjelaskan dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai hos dan tidak menerima sebarang kelebihan daripada produksi stesen TV tersebut.

"Saya nak jelaskan saya hanya bertindak sebagai hos manakala Al Maqari pula peserta program ini.

409560538_18384819109071052_5770705808620300452_n

Fahmi hanya lakukan tugas sebagai pengacara.

"Saya tidak diberikan sebarang kuasa atau keistimewaan untuk menentukan siapa juara pada minggu akan datang atau minggu ini.

"Pemarkahan pula 100 peratus diadili juri tetap dan jemputan," katanya.

Fahmi menjelaskan mengenai salah faham itu menerusi Instagram miliknya pada Jumaat.

Sebelum ini timbul dakwaan mengatakan dia diberi keistimewaan oleh pihak produksi memandangkan kumpulannya iaitu Al Maqari turut bertanding.

ARTIKEL BERKAITAN: TV AlHijrah tak pilih bulu, sesiapa pun layak jadi tetamu macam Kak Long 7E... Cumanya kisah sebelum ini tak viral!

ARTIKEL BERKAITAN: Teguran jutawan internet kepada TV AlHijrah sempoi tapi ‘deep’! Dalam masa sama intai slot Kak Long 7E

Dalam pada itu, Fahmi turut menepis dakwaan kumpulan tersebut sentiasa menjadi pilihan pendengar sehingga menyekat rezeki penyanyi nasyid lain.

Fahmi menganggap tuduhan dibat sebagai berat kerana Al Maqari sendiri masih 'hijau' dan kurang pengalaman dalam bidang seni.

"Kami pun baru hendak menapak dan kuatkan lagi jenama kumpulan ini di platform TV khususnya.

"Jika anda rasa layak untuk menyertai mana-mana program, kita bersaing secara sihat. Kita tunjukkan usaha dan komitmen serta jangan ada perbalahan," jelasnya.

407714867_18383728849071052_7348923194891366626_n

Fahmi dan Syamsul Ghau Ghau bergabung meriahkan Pentas Marhaban.

Pentas Marhaban turut dihoskan oleh pelakon dan pengacara popular Syamsul Ghau Ghau dan akan bersiaran selama lapan minggu.

Pada konsert minggu kelima nanti Pentas Marhaban bakal menyaksikan pertembungan di antara kumpulan Al Maqari dan Qalbun Hadi.

la akan diadili oleh dua juri tetap iaitu Ustazah Asni Mansor dan Ustaz Zulhafis (Along Gambus) bersama seorang lagi juri jemputan.

Pentas Marhaban bersiaran secara langsung dari Studio Penyiaran Digital TV Al Hijrah pada setiap Sabtu, pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain