suria

Sindiran ‘muka awam’ tak berbekas di hati Amir Ahnaf, kelebihan zahir realiti dalam karakter 

Amir tidak kisah netizen menyindir rupa parasnya sebagai 'muka awam'.

SINDIRAN 'muka awam' atau memiliki wajah kebanyakan langsung tidak meninggalkan bekas di hati pelakon Amir Ahnaf sehingga membuat dia kurang percaya diri.

Amir atau Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairuddin, 23, sebaliknya menganggap perkara itu satu kelebihan dalam menzahirkan realiti dalam sesuatu karakter.

"Satu perkara baik tentang ini, bila 'muka awam' memainkan sesuatu watak mereka boleh pamerkan realiti dalam bentuk karakter.

Amir akui lebih mudah untuk membawakan watak dalam drama.

Wajah 'awam' Amir memberi banyak kelebihan dalam lakonan.

"Rasa itu lagi menusuk jiwa penonton sebab hari-hari tengok (muka awam). Penonton akan betul-betul dapat vibes nusantara itu.

"Dalam kehidupan seharian memang tidak akan lari daripada realiti. Hari-hari kita tengok rupa orang awam," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Takut keluarga marah berlakon babak panas, Amir Ahnaf sentiasa profesional di set penggambaran

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi berjoget kena kecam, Amir Ahnaf minta buka minda faham kerjaya anak seni

Amir berkongsi perkara itu menerusi ciapan yang dimuat naik di X (Twitter) miliknya.

Luahan Amir turut mendapat perhatian rakan seperjuangan iaitu Nadhir Nasar yang bersetuju dengan kenyataan dibuat aktor berkenaan.

Amir antara bakat baharu yang mendapat perhatian penonton filem dan drama.

Kata Nadhir, rupa paras tidak menjadi ukuran sebaliknya bakat jauh lebih penting untuk bergelar seorang anak seni.

"Sebenarnya dipanggil muka awam tetapi memiliki pengikut dengan apa kita sajikan di televisyen adalah satu pujian.

"Sebab orang tak tengok paras rupa tetapi bakat yang hendak ditunjukkan. Jalan terus!," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain