PENYANYI Didi Astillah bengang apabila dituduh gedik gara-gara didukung kakaknya Bella Astillah ketika menuruni Gunung Kinabalu di Sabah pada Januari lalu. Didi atau Dayang Nazillah Awang Astillah, 28, menjelaskan keletihan selain jalan berliku membuatkan dia panik sehingga memerlukan bantuan Bella. “Nak mengedik dekat atas itu (gunung), minta maaf memang tak sempat kak sebab banyak fikir fasal batu, tangga dan bukit curam yang membuatkan saya gayat. Luahan hati Didi apabila dianggap gedik. “Panik sampai menangis tapi bersyukur ada kakak di situ. Bukan tiada malim gunung cuma bila kakak sendiri yang tenangkan dan pujuk, panik saya reda," kongsinya. Didi berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Selasa yang turut memuat naik tangkap layar komen seorang netizen memanggilnya gedik kerana didukung Bella. Malah dia turut meluahkan rasa simpati terhadap Bella kerana mendukung seseorang bukan kerja mudah. ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah jadi ‘malim gunung’, dukung adik turun Gunung Kinabalu ARTIKEL BERKAITAN: Sweetnya! Bella Astillah dan Syed Saddiq sedondon berbaju tradisional panjat Gunung Kinabalu Dalam pada itu, Didi memberitahu tidak melakukan persiapan fizikal turut menjadi punca badannya tidak mampu bertahan dengan cabaran mendaki gunung Jelasnya, dia sememangnya tidak gemar melakukan aktiviti lasak selain takut dengan ketinggian. "Yang kami daki itu Gunung Kinabalu, bukan bukit ‘manja’ jadi apa-apa kesakitan fizikal dan mental tak dijangka boleh terjadi. "Semua yang kenal saya dari zaman sekolah tahu saya memang bukan seorang yang aktif bersukan dan stamina saya tak kuat. Tak apa saya maafkan awak untuk komen ini. DIDI ASTILLAH PENYANYI "Bila mendaki lain rasanya, turun pula masya-Allah, orang yang gayat atau takut ketinggian mesti faham apa saya rasa," ujarnya. Bagaimanapun Didi tetap bersyukur kerana berpeluang mendaki Gunung Kinabalu bersama kakak dan rakan-rakannya. “Dapat mendaki Gunung Kinabalu adalah satu pengalaman tak akan saya lupakan. Saya cadangkan kakak (netizen) daki Gunung Kinabalu juga tanpa latihan dan stamina. Didi dan Bella sememangnya akrab. "Mungkin tak pernah faham erti kasih sayang secukupnya daripada seorang kakak. “Tak apa saya maafkan awak untuk komen ini cuma kebetulan saya tengah rajin nak terangkan," katanya. Pada 25 Januari lalu, Didi berkongsi momen menyentuh hati apabila penyanyi Bella Astillah mendukung dirinya semasa menuruni Gunung Kinabalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!