suria

Sakit hati baca komen buruk fasal suami, Along Cham anugerah terindah buat isteri

Feena kongsi perjalan rumah tangga bersama Along.

KETIKA kisah rumah tangga mereka menjadi perbualan ramai, isteri pelawak Along Cham tetap bercakap hal baik tentang suaminya itu.

Afreena Suhaimi atau mesra disapa Feena, 33, menganggap kehadiran Along dalam hidupnya sebagai anugerah terindah dan bersyukur pelawak itu menjadi suaminya.

"Saya bersyukur kerana Allah menghantar awak kepada saya, suami tersayang.

along 1

Feena mahukan yang terbaik buat Along.

"Tiada apa boleh saya katakan selain terima kasih kerana menjadi seorang lelaki yang sempurna dan bapa yang baik. Saya cintakan awak.

"Semoga Allah membalas semua kebaikan awak di dunia dan akhirat," katanya.

Afreena berkongsi luahan itu menerusi Instastory miliknya pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Along Cham dah tak boleh selamatkan rumah tangga, isteri menipu langgar 3 perjanjian

ARTIKEL BERKAITAN: Afreena jawab tuduhan curang, hanya mampu istighfar isu keguguran - “Along lebih kenal saya macam mana”

Mengulas kemelut rumah tangga mereka, Afreena hanya dapat berharap yang terbaik buat mereka berdua.

"Kita hampir terpisah (sebelum ini) namun memilih untuk bertahan kerana percaya itu adalah ujian terbesar daripada Allah.

"Awak adalah pengalaman yang tidak ternilai bagi saya. Semoga Allah permudah urusan kita berdua selepas ini," katanya.

Apa pun yang berlaku baru-baru ini dan masa akan datang, tolong berhenti bercakap buruk tentang suami saya

AFREENA SUHAIMI

ISTERI ALONG CHAM

Sementara itu, menerusi perkongsian berbeza, Feena memohon agar orang ramai tidak bercakap buruk tentang Along walaupun rumah tangga mereka retak menanti belah.

"Apa pun yang berlaku baru-baru ini dan masa akan datang, tolong berhenti bercakap buruk tentang suami saya.

feena 2

Luahan Feena di Instagram.

"Dia ada maruah, reputasi. Jangan jatuhkan dia. Hati saya sakit apabila membaca komen buruk tentang dia," luahnya.

Along sebelum ini mengejutkan ramai pihak apabila dia tampil dia Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 28 Januari lalu bagi memfailkan lafaz taklik terhadap isterinya.

Tindakan tersebut dibuat selepas sehari dia dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Sesyen Sepang daripada satu pertuduhan berkaitan pemilikan dadah jenis kanabis.

TOP feena - 1

Along sebelum ini ditahan atas dakwaan memiliki ganja.

Ketika bertemu media, Along mendakwa isterinya telah melanggar beberapa perjanjian dalam perkahwinan mereka.

Untuk rekod, Along dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April 2024 dan ini merupakan perkahwinan kedua buat mereka.

Pada 15 Disember tahun lalu, Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, ditahan pihak polis di rumahnya di Cyberjaya selepas dipercayai memiliki dua paket dadah jenis ganja.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain