MASIH memasang impian miliki cahaya mata, penyanyi Zul (2 by 2) mendedahkan isterinya iaitu Intan Maya sudah memulakan rawatan persenyawaan in vitro (IVF) sejak tahun lalu. Walaupun keputusan pakar menunjukkan perkembangan positif, Zul atau Zulkefli Majid, 53, berkata masih belum ada rezeki untuk isterinya kembali hamil selepas mengalami keguguran sebanyak dua kali pada tahun 2022. "Memang kedua-dua kami nak ada anak lagi selepas berkahwin ni. Zul memberitahu Maya jalani prosedur IVF pada tahun lalu. "Selepas alami keguguran dulu tu kami ada ke hospital buat pemeriksaan kesihatan dan doktor kata semua okay. "Jadi kami jalani prosedur IVF pada tahun lepas, cuma masih belum ada rezeki," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Maya, 42, memberitahu dia dan suami mempunyai keinginan untuk memiliki jantina anak berbeza. Bekas anggota kumpulan The Girls itu turut berdoa dan berharap agar diberikan rezeki mengandung anak kembar selepas ini. ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali keguguran selepas mimpi didatangi ular tedung, Zul 2 By 2 dan isteri anggap belum rezeki timang anak ARTIKEL BERKAITAN: Pindah rumah tindakan tepat, isteri Zul (2 by 2) kembali pulih selepas lama derita perbuatan sihir "Kalau ikut hati, suami nak anak lelaki saya pula nak anak perempuan. "Tapi doakan ya mana tahu ada rezeki dapat kembar tiga. "Sebelum ini pun saya ada sejarah melahirkan anak kembar," jelasnya. Untuk rekod, Zul dan Maya bertemu jodoh pada Februari 2022 selepas lapan bulan mengikat tali pertunangan. Zul dan Maya pencipta lagu single terbaharu Nanad berjudul Setia Mencintaimu. Hasil perkahwinan terdahulu, Zul memiliki lima orang cahaya mata, manakala Maya mempunyai empat orang anak. Dalam perkembangan lain, Zul dan Maya teruja apabila lagu ciptaan mereka berdua buat penyanyi baharu Nanad berjudul Setia Mencintaimu sudah dilancarkan pada 1 Februari lalu. Jelas Zul, dia kagum dengan bakat dimiliki Nanad selepas mendengar nyanyian penyanyi itu di aplikasi TikTok. Lagu Setia Mencintaimu kini sudah boleh didengari di semua platform digital dan YouTube Warner Music Malaysia. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!