suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pindah rumah tindakan tepat, isteri Zul (2 by 2) kembali pulih selepas lama derita perbuatan sihir

Zul berkongsi cerita isterinya semakin pulih daripada gangguan ilmu hitam selepas berpindah rumah.

PENYANYI Zul (2 by 2) bersyukur isterinya Intan Maya sudah semakin pulih selepas diuji dengan masalah kesihatan dipercayai terkena ilmu hitam.

Menurut Zul atau Zulkefli Majid, 52, banyak perubahan dapat dilihat pada diri Maya, 41, selepas mereka berpindah keluar daripada rumah mereka sejak September tahun lalu.

"Selepas kami berpindah dari Cheras ke Semenyih tahun lepas, Alhamdulillah keadaan Maya sudah semakin pulih.

NP (29)

Zul syukur isterinya semakin pulih daripada gangguan sihir.

"Sejak berpindah itu memang ketara sangat perubahan yang berlaku daripada sebelum ini.

"Tiada mimpi atau gangguan lain, kalau tidak sebelum ini nak keluar bilik sendirian pun takut," katanya kepada mStar.

Sebagai suami, Zul mengakui air matanya pernah gugur kerana kasihan melihat kesengsaraan yang terjadi pada Maya.

Malah bermacam-macam perkara sudah diikhtiarkan oleh Zul dengan harapan isterinya kembali pulih.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Zul (2 by 2) terkena sihir, kerap mimpi nampak seseorang di tepi kubur... Susah tidur, hanya mampu baring tegak seperti jenazah

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh ‘sailang’ penaja, Zul (2 By 2) terkilan ada rakan artis dengki dengan isterinya

"Kalau di rumah lama dulu memang Maya rajin sakit, saya sampai menangis bila lihat isteri terpaksa tanggung kesakitan.

"Saya kasihan serta tak tahu nak buat apa, pernah panggil ustaz untuk berubat dan macam-macam dah saya ikthiar.

"Sehingga sanggup mencari daun-daun herba yang sukar untuk didapati demi nak lihat Maya sihat," jelasnya.

NP (28)

Zul teruja dengan bakat dimiliki Chef Shah.

Untuk rekod, Zul dan Maya bertemu jodoh pada 22 Februari 2022 selepas lapan bulan mengikat tali pertunangan.

Dalam perkembangan lain, Zul teruja apabila sedang menyiapkan sebuah single terbaharu untuk anak didiknya iaitu pempengaruh dikenali Chef Shah tidak lama lagi.

Jelas Zul, dia mengesan bakat Shah ketika membuat uji bakat nyanyian di aplikasi TikTok dan merasakan influencer berkenaan ada bakat sebagai seorang penghibur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain