suria

Dituduh ‘sailang’ penaja, Zul (2 By 2) terkilan ada rakan artis dengki dengan isterinya

Rakan artis bergaduh kerana menuduh isteri Zul pilih kasih.

PENYANYI dan komposer Zul (2 By 2) meluahkan rasa terkilan apabila ada dalam kalangan rakan artis yang bersikap dengki dan bercakap buruk tentang isterinya, Intan Maya.

Menurut Zul atau Zulkefli Majid, 50, perkara tersebut disebabkan ada pihak kurang berpuas hati apabila Maya sering mengadakan acara persembahan namun tidak menjemput rakan-rakan sebagai artis undangan.

“Isteri buat event nak tolong kawan-kawan. Walau bayaran tidak tinggi tetapi tetap ada pendapatan buat mereka. Tetapi kenalah bersabar, ikut urutan. Susah juga apabila ada mengata belakang disebabkan isteri saya tak panggil mereka menyanyi.

“Saya dapat tahu tentang hal ini selepas berlaku sedikit salah faham antara isteri dengan seorang rakan. Apabila bersemuka dia katakan orang lain yang bercakap buruk tentang Maya.

zul 2

Zul luah rasa marah apabila ada orang bercakap buruk tentang isterinya.

“Sehingga ada hasut rakan-rakan supaya tidak berkawan dengan isteri saya kerana mendakwa Maya selalu ‘sailang’ sponsor sedangkan kalau buat acara, kami tidak pernah ambil mana-mana penaja,” katanya kepada mStar.

Zul sebelum itu berkongsi luahan tersebut di status Whatsapp miliknya dengan harapan rakan-rakan artis yang bercakap buruk tentang Maya faham situasi sebenar dan tidak lagi tersalah anggap.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Zul (2 by 2) terkena sihir, kerap mimpi nampak seseorang di tepi kubur... Susah tidur, hanya mampu baring tegak seperti jenazah

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali keguguran selepas mimpi didatangi ular tedung, Zul 2 By 2 dan isteri anggap belum rezeki timang anak

Dalam masa sama, Zul juga sentiasa menasihati isterinya agar tidak terlalu mudah percayakan rakan sekeliling dan berlembut dalam hal sebegini.

“Maya bukan seorang yang suka cari gaduh dan dia tidak mahu ambil peduli apabila berlaku perkara begini sehingga memberi ruang kepada orang lain untuk mengata dirinya.

Isteri saya pun sebelum ini kurang sihat dan dia masih bekerja membantu rakan-rakan. Tak perlu nak buat cerita tak elok, bersabarlah

ZUL 2 BY 2

PENYANYI/KOMPOSER

“Memang betul kita perlu memaafkan orang, namun jika melampau kenalah ambil serius. Saya pun sering kali menasihati isteri supaya berpada-pada jika mahu buat baik dengan orang lain.

“Dalam pada buat baik pun masih ada yang salah anggap kononnya Maya sengaja menunjuk,” jelasnya.

Tidak mahu perselisihan faham ini berlanjutan, Zul berharap agar semua rakan-rakan terdekat dapat memahami situasi mereka dan sama-sama membantu untuk terus mencari peluang kerja.

zul 3

Zul sering ingatkan isteri supaya tidak mudah percaya pada orang lain.

“Kepada rakan-rakan artis yang tiada job tu, harap mereka faham. Situasi negara kita sekarang ini baru sahaja nak bermula kembali dengan penganjuran acara selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Isteri saya pun sebelum ini kurang sihat dan dia masih bekerja membantu rakan-rakan. Tak perlu nak buat cerita tak elok, bersabarlah. Mana tahu ada program lain nanti kita boleh bekerjasama,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain