LEBIH 35 tahun terlibat dalam dunia lakonan, dramatis Sherie Merlis belum pernah diberikan watak aksi dalam drama atau filem. Sherie atau Sharifah Saadah Wan Zainal Kassim, 53, berkata, walaupun dia bukan lagi dalam fasa memilih projek ditawarkan kepadanya namun teringin mencuba watak aksi. “Saya memang nak sangat berlakon watak aksi seperti membabitkan seni mempertahankan diri atau apa sahaja berkaitan. Sherie sanggup cabar diri melakonkan watak aksi dalam drama atau filem. “Saya mahu meneroka lebih banyak watak berlainan, kalau tidak lakonan itu sama sahaja. Cuma bezanya judul drama atau filem berlainan,” katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Sherie memberitahu bentuk badannya yang kecil mungkin menjadi sebab dia tidak pernah ditawarkan berlakon drama atau filem aksi. Namun kata Sherie, itu bukan alasan dia menguburkan hasratnya itu apatah lagi usianya kini semakin lanjut. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kawan bukan kekasih, Sherie Merlis hargai persahabatan dengan Hasnul Rahmat ARTIKEL BERKAITAN: Shikin Kamal dah penat bawa watak perampas, rupanya suka genre aksi "Salah satu cabaran di negara kita, kalau ambil pelakon berbadan kecil seperti saya, pasangan saya tak boleh terlalu tinggi melainkan menggunakan teknik kamera. "Tetapi saya tahu ia (teknik kamera) tidak akan menarik. Jadi inilah cabarannya! Beri sahaja skrip, kita lihat apa boleh dilakukan nanti. "Bagi saya ini satu kepuasan sekiranya dapat membawakan watak aksi," ujarnya. Untuk info, Sherie memulakan kerjaya lakonan pada 1990 menerusi filem berjudul Part-Time. Sherie kemudiannya membuat penampilan teater pertama dalam pementasan teater Surat Sabariah dan memegang sebagai watak utama. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!