suria

Aiman Tino tinggalkan nafkah sebelum keluar memancing, isteri sebak baca nota fasal anak

Aiman tinggalkan wang dan surat buat isteri sebelum keluar memancing.

MUNGKIN bimbang dimarahi kerana keluar memancing, penyanyi Aiman Tino bijak mengambil hati apabila meninggalkan sejumlah wang untuk isteri tersayang.

Aiman atau Muhammad Aiman Yusri, 27, yang turut meninggalkan sepucuk surat memberitahu wang tersebut adalah nafkah bulanan untuk isterinya iaitu Che Syarah Haifa.

NP - 2025-02-04T140926.828

Syarah sebak baca surat yang ditulis Aiman.

Malah Aiman turut meminta Syarah menghalalkan hutang-hutangnya selama ini selain mendoakan agar dia pulang dari memangcing dengan membawa hadiah.

"Nafkah bulanan untuk sayang. Doakan saya supaya balik bawa hadiah.

"Halalkan hutang-hutang saya selama ini,' katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aiman Tino sah bergelar suami Che Syarah Haifa dengan sekali lafaz

ARTIKEL BERKAITAN: Aiman Tino dan isteri terkandas di Seoul, penerbangan dibatalkan akibat salji lebat

Syarah berkongsi perkara itu menerusi hantaran di TikTok miliknya pada Isnin.

Berkongsi lanjut pengisian surat ditulis Aiman, Syarah sebak apabila suaminya itu mendoakan rumah tangga mereka kekal dan dikurniakan cahaya mata suatu hari nanti.

"Semoga kita kekal bahagia hingga syurga.

NP - 2025-02-04T140948.816

Aiman tidak lupa nafkah isteri walaupun keluar memancing.

"Insya-Allah satu hari nanti kita akan dapat anak," ujarnya.

Untuk rekod, Aiman dan Syarah mendirikan rumah tangga pada 27 April 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain