suria

[V] Aiman Tino sah bergelar suami Che Syarah Haifa dengan sekali lafaz 

PENYANYI Aiman Tino sah bergelar suami kepada Che Syarah Haifa Che Isa dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlangsung di ibu negara pada petang Khamis.

Aiman atau Muhammad Aiman Yusri, 25, dinikahkan oleh Penolong Pendafatar Nikah, Cerai & Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Azri Ahmad kamil Al Hafis berwakil walikan abang Che Syarah iaitu Che Fariz Che Isa.

Pada majlis tersebut Che Syarah, 24, menerima mas kahwin sebanyak RM5,000 berserta seutas gelang emas.

WhatsApp Image 2023-04-27 at 5.42.37 PM

Aiman dinikahkan oleh Penolong Pendafatar Nikah, Cerai & Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Azri Ahmad kamil Al Hafis.

Bagaimanapun kedua-dua belah pihak tidak membawa sebarang dulang hantaran sebagai hadiah perkahwinan pada majlis tersebut.

Upacara pernikahan yang diadakan secara tertutup hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aiman Tino nikah April, sudah sedia galas tanggungjawab sebagai suami

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga Aiman Tino hantar rombongan merisik, pertama kali ibu jumpa kekasih - “Cantik orangnya”

Sebelum upacara pernikahan diadakan, pasangan tersebut terlebih dahulu melangsungkan pertunangan dalam majlis sama.

Sementara itu, pasangan ini akan diraikan dalam majlis kenduri pada 6 Mei ini di Shah Alam, Selangor.

WhatsApp Image 2023-04-27 at 5.57.17 PM

Aiman memakaikan gelang emas ke tangan isteri.

Aiman dan Che Syarah bertemu pada 2019 selepas diperkenalkan oleh seorang sahabat sebelum menjalankan perniagaan bersama-sama.

Pada 21 Januari lalu, pihak keluarga Aiman menghantar rombongan merisik Che Syarah di Cheras, Kuala Lumpur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain