suria

[V] Vokalis XPDC Mael meninggal dunia akibat sesak nafas

VOKALIS kumpulan XPDC iaitu Mael menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Fatimah, Muar, Johor sekitar pukul 9.30 malam Khamis.

Mael atau Syed Ismail Syed Ibrahim meninggal dunia pada usia 55 tahun akibat sesak nafas.

Berita pemergian Allahyarham disahkan sendiri oleh anak perempuannya iaitu Sharifah Irfatasha.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon drama ‘Nur’ Kamsani Ismail meninggal dunia

Dalam pada itu, pihak pengurusan XPDC memaklumkan Mael dikejarkan ke hospital akibat penyakit berkenaan pada lewat petang Khamis sebelum disahkan meninggal dunia.

Jenazah dilaporkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri Batu 6, Muar pada pagi Jumaat.

Untuk rekod, Mael adalah salah seorang pengasas kumpulan XPDC pada 1985 yang menggunakan nama Tragedy bersama Izo yang bertindak sebagai gitaris.

Bagaimanapun pada 1997, Mael membuat keputusan mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut.

Album terakhir Mael bersama XPDC berjudul Brutal yang dilancarkan pada tahun sama terjual melebihi 350,000 dan ia album paling laris kumpulan itu sehingga kini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain