suria

Dugaan darah manis, hubungan keluarga kucar-kacir sebab mulut orang… Aiman Tino solat istikarah tetapkan hati jadi suami Che Syarah Haifa

Aiman yakin Syarah adalah jodoh terbaik buatnya.

SEPERTI kebanyakan pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga, penyanyi Aiman Tino juga tidak terlepas berdepan pelbagai dugaan ‘darah manis’ sebelum sah bergelar suami kepada Che Syarah Haifa Che Isa, 24, pada Khamis.

Kata Aiman atau Muhammad Aiman Yusri, 25, perancangan untuk majlis pernikahan hampir menjadi huru-hara disebabkan mulut sesetengah pihak yang bercakap perkara tidak benar sehingga menimbulkan salah faham antara keluarga.

“Selepas ibu bapa kami berjumpa semuanya berjalan dengan baik, namun dalam tempoh melakukan persiapan kami juga tidak terlepas dengan banyak dugaan.

“Disebabkan mulut orang mulalah membuatkan apa yang yang dirancang jadi kucar-kacir. Ia menimbulkan salah faham dalam kalangan keluarga hanya disebabkan perkara kecil sahaja.

aiman tino 3

Saling percaya menjadi penguat hubungan Aiman dan Syarah.

“Bagaimanapun saya anggap itu seperti bisikan syaitan yang mahu menguji hati ini. Saya percaya dia adalah jodoh terbaik dan sering kali buat solat istikarah untuk tetapkan hati ini,” katanya kepada mStar.

Aiman dan Syarah disatukan sebagai pasangan suami isteri dalam satu majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Khamis dan pasangan ini akan mengadakan majlis resepsi pada 6 Mei.

Bercakap soal perancangan dalam hidup berumah tangga, kata Aiman isterinya itu akan sentiasa menjadi peneman jika ke mana sahaja dia pergi termasuk untuk urusan kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Aiman Tino sah bergelar suami Che Syarah Haifa dengan sekali lafaz

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aiman Tino nikah April, sudah sedia galas tanggungjawab sebagai suami

Bahkan mereka juga sedia untuk lebih terbuka berkongsi kandungan media sosial bersama tentang kehidupan baharu.

“Apabila sudah duduk serumah, bolehlah kami buat content bersama. Itu juga salah satu cara untuk jana pendapatan.

“Saya tidak akan sorok isteri. Ibunya pun sudah berpesan agar sentiasa membawa membawa dia bersama ke mana sahaja saya pergi. Saya pun lebih senang jika dia ikut bersama.

Saya percaya dia adalah jodoh terbaik dan sering kali buat solat istikarah untuk tetapkan hati ini.

AIMAN TINO

PENYANYI

“Sebelum ini Syarah pernah bekerja dengan produksi, jadi dia sudah biasa dengan dunia hiburan. Tidaklah kekok untuk mengetahui selok-belok dunia artis,” ujarnya.

Sementara itu bagi Syarah pula dia cukup memahami tugas suaminya itu dan sedar bahawa Aiman akan sentiasa dikelilingi oleh ramai peminat.

“Sejak awal kenal pun saya tak pandang status dia sebagai artis atau popularitinya. Dia tahu batas bersama peminat dan saya pun tidak kisah untuk mereka rapat selagi tidak berlebihan.

“Apa yang penting adalah kepercayaan antara satu sama lain,” jelasnya.

aiman tino 1

Aiman menyerahkan seutas gelang emas sebagai mas kahwin kepada Syarah.

Pasangan ini merancang untuk berbulan madu ke luar negara namun enggan berkongsi destinasi pilihan mereka.

Ditanya soal memiliki cahaya mata, mereka berharap akan segera dikurniakan anak namun tidak mahu terlalu memikirkan hal tersebut.

“Sebelum kahwin lagi ibu bapa kami sudah bercakap soal anak. Kami serahkan semua itu pada rezeki.

“Namun saya ingat pesan ibu bahawa sebagai pasangan berkahwin kenalah usaha sekurang-kurangnya dapatkan seorang dahulu sebelum rancang lebih mendapatkan lebih ramai anak,” kongsi Aiman.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain