suria

Amelina takut kecewa lagu baharu tak dapat sambutan, sedar genre dangdut sudah tenggelam 

Amelina akur muzik dangdut kini sudah kurang permintaan.

PENYANYI Amelina tidak menafikan genre dangdut di Malaysia semakin tenggelam sehingga membuatkan dia teragak-agak untuk melancarkan single terbaharunya.

Jelas Amelina atau Norazlina Amir Sharipuddin, 49, industri muzik sudah banyak berubah berbanding zaman kegemilangannya apatah lagi pendengar mempunyai pelbagai pilihan.

Tidak hanya itu, pelapis untuk meneruskan genre tersebut juga hampir tiada di Malaysia yang menambah lagi kesuraman irama berkenaan dalam kalangan pendengar.

amelina1 - 1

Amelina antara ikon dangdut popular di Malaysia.

"Bagi saya kelompok peminat muzik dangdut semakin berkurangan apatah lagi pelapis genre ini tidak ramai.

"Balik-balik kena dengar lagu Amelina dan penyanyi dangdut lama... Landskap dunia muzik pun sudah banyak berubah dan pilihan yang membuatkan ia turut tenggelam," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: "Semua kisah lama saya dah buang" - Amelina enggan nama dikaitkan dengan lelaki seret isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami Amelina dipenjara 3 bulan, denda RM2,000 pukul dan tendang isteri

Disebabkan itu juga kata Amelina, dia bimbang untuk melancarkan lagu baharu takut kecewa dengan penerimaan pendengar selain perlu berfikir secara mendalam risiko yang bakal ditanggung kemudian hari.

"Sebenarnya nak buat lagu baru ada risikonya termasuk kemungkinan ia tidak mendapat putaran di radio selain pendengar lebih banyak tertumpu kepada penstriman secara digital.

Bagi saya kelompok peminat muzik dangdut semakin berkurangan apatah lagi pelapis genre ini tidak ramai.

AMELINA

PENYANYI

"Jika itu berlaku, mungkin saya akan terasa hati dan sebab itu saya perlu menilai semua kemungkinan dan risiko sebelum lancarkan lagu," jelasnya.

Sementara itu, Amelina mendedahkan dia sebenarnya sudah menyiapkan lagu terbaharu dan berharap ia dapat dilancarkan dalam tahun ini juga.

Kata Amelina, kesibukan dengan pelbagai aktiviti lain termasuk undangan nyanyian membuatkan dia belum bersedia melancarkan lagu tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain