suria

Fazley Yaakob mahu pecah tabu masalah kesihatan lelaki, wujud kesedaran penting jaga kesihatan di usia 40-an 

Fazley Yaakob nak ajak golongan lelaki sama-sama jaga kesihatan.

SEBAGAI seorang selebriti yang mementingkan kesihatan, penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob meluahkan rasa syukur apabila dilantik sebagai duta program kesihatan lelaki.

Fazley atau Ahmad Fadzli Yaakob, 45, berkata, dia berharap pemilihannya itu dapat memberi kesedaran kepada golongan lelaki untuk lebih terbuka mendapatkan bantuan profesional terutamanya isu kesihatan berkaitan masalah seksual.

"Kesihatan lelaki adalah isu serius yang memerlukan perhatian profesional dan perubatan. Biarpun soal seksual masih jadi perkara tabu dalam kalangan masyarakat, besar harapan saya agar kaum lelaki lebih terbuka berkongsi masalah dihadapi.

Snapinsta.app_342737210_161968693187643_8096710058745296622_n_1080

Fazley aktif bersenam walaupun usia cecah 45 tahun.

"Di He Medical Clinic, keselamatan, privasi dan rahsia terjaga dalam rawatan pesakit mereka malah penyelesaian setiap masalah juga disesuaikan untuk setiap pesakit.

"Pelantikan saya sebagai duta ini juga diharap dapat meningkatkan kesedaran tentang masalah kesihatan lelaki dengan lebih baik dan tidak lagi menjadi tabu dalam masyarakat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazley Yaakob jujur dengan isteri, tidak berahsia kalau ada perempuan ajak keluar... “Tak semua penyondol salah”

ARTIKEL BERKAITAN: Tergamak ada kata tak payah kesian mangsa tanah runtuh, Fazley Yaakob minta tolak beza bangsa dan agama untuk tunjuk simpati

Dalam pada itu, Fazley berharap pelantikannya juga dapat menjadi contoh kepada golongan lelaki dalam kategori usianya iaitu 40-an untuk lebih memberi tumpuan kepada kesihatan.

Selain menyuntik kesedaran, Fazley memberitahu dia turut menggunakan media sosial sebagai medium berkongsi aktiviti dan rutin gaya hidup sihat yang boleh diamalkan oleh orang ramai.

"Pada usia 45 tahun, aktiviti senaman dan sukan adalah pilihan gaya hidup yang terbaik selain menjaga pemakanan termasuk pemeriksaan kesihatan berkala.

"Elemen ini penting kerana pada usia ini, kita perlu lebih berhati-hati terhadap sebarang penyakit dan mula menjalani kehidupan sihat," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain