BAKAT luar biasa Aisha Retno sebagai penyanyi memang tidak dapat disangkal malah cukup berbakat sebagai komposer dan pemuzik. Namun rupa-rupanya suara merdu Aisha diwarisi daripada ibunya yang juga merupakan seorang penyanyi terkenal Indonesia era 80-an iaitu Jean Retno Aryani. Rata-rata netizen turut terpukau dengan kelunakan suara Jean, 58, saat dia menyanyi bersama anak perempuannya itu menerusi lagu Keliru nyanyian asal Ruth Sahanaya. Paduan suara Aisha dan Jean (kiri) memukau perhatian netizen. Malah ramai merasakan paduan suara dua beranak ini cukup melengkapi di antara satu sama lain. "Mantap, sedapnya suara mama awak. Suka sangat, luar biasa! "Oh rupanya suara 'emas' itu diturunkan dari ibunya," tulis netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Nama mula di puncak... Aisha Retno kecewa ada rakan industri mula jauhkan diri, tunjuk sikap dengki ARTIKEL BERKAITAN: Pujian Noraniza Idris satu penghargaan tapi terlalu berat untuk Aisha Retno Menerusi perkongsian video dimuat naik di Instagram milik Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 25, penyanyi berkenaan memberitahu Keliru merupakan lagu kegemaran mereka. "Kami Kembali dengan rutin bulanan ibu dan anak cover song. Lagu ini merupakan kegemaran mama dan saya, Keliru daripada Ruth Sahanaya," ujarnya. Tambah penyanyi lagu Sutera ini, ibunya juga merupakan jurulatih vokal yang banyak memberikan bimbingan terhadap kerjaya nyanyiannya. Aisha mewarisi bakat nyanyian daripada ibu. "Mama jurulatih vokal saya selamanya. Kami kembali lagi. Duet mama dan anak (Aisha), harap anda semua sukakannya," katanya. Untuk info, Jean menyertai industri muzik selepas memenangi Pemilihan Bintang Radio & TV Indonesia 1985 dalam kategori keroncong. Jean merupakan rakan seangkatan penyanyi veteran Indonesia iaitu Hetty Koes Endang. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!