suria

Wanita cari jodoh di laman sosial, minta calon berminat isi borang khas... Ramai musykil tanya gaji, komitmen bulanan

Ramai yang menggunakan media sosial untuk mencari jodoh. -Gambar hiasan

KESUKARAN mencari calon yang sesuai membuatkan segelintir individu bersikap lebih terbuka dengan memanfaatkan laman sosial dan mengiklankan diri sebagai usaha mencari jodoh.

Sama ada lelaki atau wanita, mereka kini tidak lagi malu untuk menggunakan platform tersebut sebagai cara alternatif dalam mencari pasangan hidup.

Ketika ramai yang menggunakan kaedah biasa iaitu berkongsi mengenai karektor atau ciri-ciri asas diri sendiri dan calon yang dicari, seorang wanita tampil dengan cara yang sedikit berbeza.

pic jodoh

Ciapan seorang pelayar yang memberi peringatan mengenai 'taktik' individu tersebut yang dibimbangi mengundang risiko.

Dalam ciapan di X, wanita tersebut yang ingin mencuba nasib mencari calon suami di sebuah laman cari jodoh popular turut menyediakan 'borang interview' dalam bentuk Google Docs kepada jejaka yang ingin berkenalan dengannya.

"Patut cuba cari jodoh dekat @TwtJodohMY. Ahahah seriously saya tak tahu nak tulis apa, but you may fill up your details dekat dalam form ni. Insya-Allah I try catch up one by one," tulisnya sambal menyertakan pautan (link) kepada borang berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Malu apa sis! Gadis 'all out' iklan diri cari jodoh... Perhatian lelaki single, tak takut lipas 'aku perlukan boyfriend'

ARTIKEL BERKAITAN: Macam ‘buy 1 free 1’! Dua sahabat dari Pantai Timur iklan diri mahu hidup bermadu, lelaki yang berminat boleh cuba nasib

Di dalam pautan Google tersebut, antara beberapa butiran yang diminta untuk diisikan oleh calon-calon adalah maklumat termasuk data peribadi seperti pendapatan dan komitmen bulanan.

Tindakan ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, namun ramai yang menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan ia adalah taktik untuk 'mencuri' data.

Tengok butiran yang diminta dah macam langgar Akta Data Peribadi. Hati-hati.

NETIZEN

Mereka berpendapat bahawa berkongsi maklumat kewangan yang begitu terperinci dengan orang yang tidak dikenali boleh menjadi langkah membahayakan diri kerana boleh menimbulkan risiko penyalahgunaan maklumat.

"Jaga-jaga disclose gaji dan maklumat lain dalam Google Docs. Senang-senang je dia boleh pass data dekat orang lain. Bayangkan 100 orang isi, prospect finding untuk insurans dan hibah berebut nak data macam ni. Patut ia jadi maklumat sulit.

komen jodoh

Antara komen netizen terhadap hantaran individu berkenaan.

"Tengok butiran yang diminta dah macam langgar Akta Data Peribadi. Hati-hati.

"Google form ni bila dah dapat maklumat orang free, boleh jual dekat bank, ejen insurans, scammer untuk buat cold calls.

"Boleh report polis tak jenis yang kutip personal data macam ni?" demikian antara komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain